octane number | nombor oktana | Kejuruteraan | Petroleum | Nombor yang menunjukkan nilai antiketuk relatif atau mutu anti-letupan relatif di dalam enjin daripada sejenis gasolin atau bahan api, berdasarkan perbandingannya dengan bahan api iso-oktana (yang mempunyai nombor oktana 100) dan bahan api normal heptana (yang mempunyai nombor oktana 0). Nombor oktana sejenis gasolin atau bahan api adalah peratus isi padu iso-oktana dengan normal heptana yang mempunyai ciri kecenderungan letupan atau ketukan yang sepadan dengan ciri kecenderungan letupan atau ketukan gasolin atau bahan api berkenaan pada keadaan yang sama. |
octane requirement | keperluan oktana | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Nombor oktana bahan api minimum yang diperlukan oleh enjin tertentu untuk beroperasi tanpa bunyi ketukan. Piawai keperluan oktana yang digunakan oleh kenderaan yang berenjin gasolin di Malaysia ialah nombor oktana 92. |
iso-octane | iso-oktana | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sebatian hidrokarbon yang mempunyai pengkadaran oktana 100. Sebatian ini menjadi rujukan untuk mengukur kadar oktana bagi bahan api dalam mengelakkan fenomena ketukan. Bahan kimia yang terlibat adalah 2,2,4-trimetilpentana yang mempunyai RON 100. |
motor octane number | nombor oktana motor | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Skala yang menandakan nombor oktana yang digunakan secara komersial. Nilai nombor oktana motor adalah lebih rendah daripada nilai RON dan berbeza dari segi kepekaan. Singkatan MON. |
motor octane number | nombor oktana motor | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Skala yang menandakan nombor oktana yang digunakan secara komersial. Nilai nombor oktana motor adalah lebih rendah daripada nilai RON dan berbeza dari segi kepekaan. Singkatan MON. |
research octane number | nombor oktana penyelidikan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Skala yang menandakan nombor oktana yang digunakan dalam penyelidikan dan dalam rujukan jurnal. Nilai nombor oktana penyelidikan adalah lebih tinggi daripada nilai MON dan berbeza dari segi kepekaan. Singkatan RON. |
research octane number | nombor oktana penyelidikan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Skala yang menandakan nombor oktana yang digunakan dalam penyelidikan dan dalam rujukan jurnal. Nilai nombor oktana penyelidikan adalah lebih tinggi daripada nilai MON dan ber- beza dari segi kepekaan. Singkatan RON. |
blending octane number | nombor oktana adunan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nombor oktana bahan api jika sebatian seperti toluena dan xilena dicampurkan untuk membaiki sifat ketuk. Toleuna dan xilena ialah sebatian yang berkesan sebagai antiketuk bagi bahan api parafin dan bahan api fosil serta diberikan nombor oktana yang tinggi. Benzena pula kurang berkesan sebagai antiketuk dan diberikan nombor oktana yang rendah. |
octane number | nombor oktana | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Skala kuantitatif nisbah pemampatan maksimum bagi bahan api yang digunakan di dalam enjin pembakaran dalam tanpa mengalami pembakaran awal oleh penyucuhan diri. Nombor oktana ditentukan dengan membandingkan sifat ketuk bahan api tersebut dengan campuran isooktana (dianggap nombor oktana 100) dan n-heptana (dianggap nombor oktana 0). |
octane number | nombor oktana | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Nombor yang mewakili purata campuran mengikut nisbah isi padu antara iso-oktana (CH) yang diberi indeks 100 dengan heptana normal (C,H,,) yang diberi indeks 0. Nilai ini berkadaran dengan keamatan ketukan bahan api tertentu dalam enjin piawai dalam keadaan operasi tertentu. Nombor oktana digunakan untuk menggredkan bahan api gasolin. Sinonim pengkadaran oktana. |