elite | elit | Sejarah | Tiada | Kumpulan atau golongan orang atasan berdasarkan kedudukan sosial dan ekonomi yang tinggi. |
chain of command | rangkaian perintah | Pentadbiran | Tiada | Perhubungan antara tanggungjawab dengan autoriti yang mengaitkan pegawai atasan dengan orang bawahannya bagi seluruh organisasi. |
plutocracy | plutokrasi | Sejarah | Tiada | Pemerintahan yang didokong oleh golongan atasan atau bangsawan atau orang kaya. |
Nuremberg Tribunal | Tribunal Nuremberg | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Tribunal yang terdiri daripada hakim Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Kesatuan Soviet dalam Perbicaraan Jenayah Perang pada tahun 1945�1946. Perbicaraan ini melibatkan 20 orang pegawai atasan Nazi atas kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan semasa kekuasaan Nazi di Eropah. Beberapa orang daripada pegawai ini telah dihukum mati oleh tribunal ini. Nuremberg telah menjadi satu contoh teladan dalam perbicaraan jenayah perang, dan beberapa perbicaraan lain telah dilaksanakan selepasnya seperti perbicaraan jenayah perang Tokyo selepas kekalahan Jepun, perbicaraan Eichmann (1961) dan tribunal jenayah perang Bosnia dan Rwanda. |
first cook | tukang masak pangkat atasan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Orang kanan jurumasak yang tugasnya lebih tertumpu kepada memasak dan menyempurnakan makanan. |
power elite | elit berkuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Golongan atasan yang mendominasi kuasa politik dan ekonomi dalam sesebuah masyarakat. Golongan ini mempengaruhi keputusan politik supaya mereka mendapat kelebihan dan keuntungan dari kedudukan tersebut. Jawatan penting dalam pemerintahan ekonomi dan pentadbiran disandang secara berganti-ganti di kalangan mereka tanpa memberi peluang kepada orang lain. Walau bagaimanapun, mobiliti sosial dalam penguasaan elit ini masih terbatas. Contohnya, elit yang menguasai perniagaan alat peperangan dan ketenteraan di Amerika Syarikat yang mempengaruhi dewan senat supaya melancarkan perang bagi kepentingan perniagaan mereka. |
repression | penekanan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan menindas atau tidak memberi peluang oleh golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lebih subordinat kedudukannya seperti buruh, petani, penyewa atau orang kebanyakan. Tindakan ini menyebabkan golongan bawahan terpaksa akur kepada golongan atasan yang mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan hasil hubungan yang tidak seimbang ini. Golongan yang ditindas juga tidak diberi hak yang sewajarya tetapi terpaksa berada dalam hubungan ini kerana sesuatu keperluan seperti mata pencarian. Contohnya, pemodal melakukan penindasan terhadap golongan buruh dengan memberi gaji yang murah, masa kerja yang panjang dan tempat kerja yang buruk. |
official statement | penyataan rasmi | Komunikasi | Korporat | Penyataan bertulis yang mengandungi maklumat bagi menjelaskan keadaan atau pendirian sesebuah organisasi terhadap isu yang melibatkan kepentingan organisasi dan orang ramai. Penyataan ini dikeluarkan dan diumumkan oleh pihak pengurusan tertinggi organisasi untuk diserahkan kepada pihak berkuasa tertentu atau kepada media, atau kepada pihak berkepentingan bagi memastikan kewibawaan kenyataan yang dikeluarkan. Cara ini boleh mengelakkan berlakunya percanggahan maklumat dalam kalangan orang ramai. Penyataan rasmi boleh disediakan oleh pihak pengurusan dalam atau melalui khidmat perunding perhubungan awam. Contohnya, apabila berlaku kenaikan paras air di sesuatu kawasan takungan air yang boleh mencapai tahap bahaya kepada penduduk sekitar, maka penyebaran maklumat tersebut hanya boleh dibuat oleh pihak pengurusan atasan dalam bentuk penyataan rasmi. |