closed access | kemudahan tertutup | Perpustakaan | Tiada | Bahan arkib yang tidak terbuka pada orang ramai kerana masih berada pada tahap sulit tetapi bahan-bahan tersebut dianggap terbuka apabila jarak waktu keterbatasannya telah tamat. |
closed set | set tertutup | Komunikasi | Tiada | 1. Set yang tidak terbuka kepada orang awam. 2. Set yang digunakan bagi penggambaran adegan-adegan ranjang. Semasa penggambaran dilakukan, hanya petugas-petugas terpenting sahaja yang hadir. |
open test | ujian terbuka | Pendidikan | Tiada | Ujian yang boleh diduduki oleh semua orang dan tidak semestinya orang yang telah mengikuti kursus. |
street date | tarikh jualan | Umum | Tiada | Tarikh rasmi sesuatu produk atau barangan baharu dikeluarkan dan dijual secara terbuka kepada orang ramai. |
open ended question | soalan terbuka | Pendidikan | Tiada | Butir-butiran temu bual yang membolehkan orang yang ditemu bual memberi jawapan atau gerak balas dalam sebarang cara. |
surface web/ visible web | web terbuka | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Laman web yang boleh diakses oleh orang awam dengan menggunakan enjin carian standard seperti Google, Bing dan sebagainya. |
crowd-source content | kandungan sumber khalayak | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Bahan kandungan untuk platform perkhidmatan seperti platform e-pembelajaran, e-beli belah, e-tempahan, blog dan sebagainya yang disumbangkan oleh orang ramai secara terbuka. Kaedah penyumberan khalayak ini lebih bermakna bagi tujuan pemasaran produk dan perkhidmatan melalui platform yang disediakan. |
pocket park | taman poket | Landskap | Tiada | Taman kecil yang terbuka dan boleh dikunjungi oleh orang awam, dibina di kawasan bandar sama ada di satu lot bangunan kosong atau tanah yang kecil. |
piazza | piaza | Landskap | Tiada | Ruang atau medan terbuka luaran yang besar di tengah ban dar sebagai tempat orang ramai berkumpul. Piaza ini banyak terdapat di ltali. |
treasury bill | bil perbendaharaan | Ekonomi | Tiada | Bon jangka pendek yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk meminjam daripada bank perdagangan atau orang perseorangan bagi memenuhi keperluan kewangan pada masa tertentu. Kegiatan bank pusat menjual dan membeli bon ini dalam pasaran terbuka mempengaruhi stok wang edaran. Lihat juga operasi pasaran terbuka. |