chamber orchestra | orkestra kamar | Muzik | Tiada | Orkestra saiz kecil yang melibatkan lebih kurang 25 orang pemuzik. Alat utama yang digunakan dalam orkestra kamar Zaman Barok ialah alat tali dan tiupan. Orkestra kamar pada abad ke-18 dan abad ke-19 juga merangkumi alat bras dan secara beransur-ansur menggunakan alat genderang. |
sinfonietta | sinfonietta | Muzik | Tiada | Simfoni pendek yang biasanya dicipta khas untuk sebuah orkestra kecil atau orkestra kamar. |
string orchestra | orkestra alat tali | Kesenian | Tiada | Orkestra yang sebilangan besarnya dianggotai oleh alat tali. |
orchestral score | anggitan orkestra | Komunikasi | Tiada | Gubahan muzik orkestra yang dipersembahkan untuk memenuhi keperluan tema sesebuah pertunjukan. |
Malay orchestra | orkestra Melayu | Muzik | Tiada | Orkestra muzik popular pada abad ke-20 di Malaysia. Orkestra ini menggabungkan alat muzik Barat seperti piano, gitar, trompet, trombon, saksofon, klarinet, violin, dram dan marakas dengan alat muzik tempatan seperti tabla, rebana dan gambus. Orkestra Melayu mengiringi teater bangsawan, muzik popular dan tarian kabaret. |
orchestra | orkestra | Muzik | Tiada | 1. Sekumpulan pemuzik yang mempersembahkan sebuah karya yang melibatkan pelbagai alat muzik. Contohnya, orkestra gamelan dan orkestra Barat. 2.Orkestra simfoni Barat yang mengandungi empat bahagian
| overture | overtur | Kesenian | Tiada | 1. Muzik orkestra sebagai prasembah kepada opera atau oratorio. 2. Muzik orkestra dalam satu gerakan. |
concert master | ketua konsert | Kesenian | Tiada | 1. Pemain violin utama untuk kumpulan violin pertama dalam orkestra. 2. Di Amerika Syarikat dikenali sebagai pemimpin orkestra. |
huayue tuan | huayue tuan | Muzik | Tiada | Orkestra Cina moden yang wujud pada tahun 1930-an di China. Orkestra ini merupakan sintesis antara muzik dengan alat muzik dari China dan Barat. Sistem tiunan berasaskan skel pentatonik Cina. Susunan orkestra ini mengikut kedudukan orkestra Barat yang dipimpin oleh seorang konduktor. Pemuzik bermain mengikut skor muzik serta karya muzik menggunakan sistem harmoni Barat. Orkestra ini telah dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 1960-an dan |
triple concerto | konserto tripel | Muzik | Tiada | Konserto yang dihasilkan untuk tiga buah alat solo dengan orkestra. Contohnya, Triple Concerto, C major, Op. 56 (1805) oleh Beethoven untuk violin solo, celo solo, piano dan orkestra. |