Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : output 1. hasil pengeluaran, keluaran: pd masa ini pengeluaran semikonduktor terdiri drpd 80% jumlah ~ industri; 2. (Komp) hasil pemprosesan data oleh komputer; 3. (Fiz) isyarat yg diperoleh drpd litar elektronik; ~ data data yg boleh dikeluarkan oleh sesuatu peranti komputer; ~ grafik hasil janaan kom­puter dlm bentuk cetakan atau plot grafik; mengoutput mengeluarkan data dr sesuatu (sumber dsb): data input dikawal, disemak, diproses dgn betul menurut tatacara yg diperlukan, dan dioutput dgn tepat; pengoutputan proses mengoutput sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 jumlah atau hasil yg dike­luarkan oleh seseorang atau sesuatu (mesin, industri dsb); keluaran: Me­ningkatnya kecekapan akan me­nambah ~. 2 data atau maklumat yg diperoleh dr komputer dsb hasil sesuatu program: Dia meng­analisis ~ yg dikeluarkan dr komputer itu. mengoutput me­nge­luarkan atau menghasilkan out­put: Kamu boleh terus ~ imej tsb. peng­outputan proses atau hal mengout­put sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
output (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan keluaran, barangan, hasil, tuaian, pungutan, tangkapan, pertahunan, panen;,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
graphical outputoutput grafikTeknologi MaklumatPerisianPaparan output yang berbentuk grafik yang dihasilkan oleh peranti output grafik. Contoh grafik seperti imej, lukisan, fotografi, reka bentuk geometri, graf atau peta boleh dihasilkan oleh peranti output seperti pemplot, pencetak komputer, monitor atau projektor.
outputoutputTeknologi MaklumatTiadaHasil pemprosesan komputer yang dikeluarkan dari unit sistem. Output dikeluarkan dalam bentuk salinan lembut atau keras. Output salinan lembut seperti fail digital, isyarat analog/digital atau divisualkan pada peranti paparan. Output salinan keras adalah seperti cetakan kertas, plastik atau dinding. Banding input.
direct outputoutput terusKomputerTiada1. Maklumat atau data output yang diperoleh secara langsung daripada saluran penghantaran atau peranti output tanpa bantuan orang tengah atau peranti lain. 2. Data pemprosesan yang diambil terus daripada pemprosesan yang sedang berlangsung, bukan daripada simpanan kekal, seperti pita atau cakera.
cardiac outputoutput kardiumVeterinarPraklinikalIsi padu darah yang dipam oleh ventrikel dalam seminit. Output kardium diukur untuk menilai tekanan darah. Sekiranya output kardium kurang; tekanan darah menjadi rendah.
real-time outputoutput masa nyataTeknologi MaklumatTiadaOutput yang dihasilkan daripada sistem masa nyata. Contohnya siren amaran yang akan diaktifkan apabila Tsunami dikesan oleh sistem penggera Tsunami. Lihat output, sistem masa nyata.
real-time outputoutput masa nyataTeknologi MaklumatTiadaOutput yang dihasilkan daripada sistem masa nyata. Contohnya siren amaran yang akan diaktifkan apabila Tsunami dikesan oleh sistem penggera Tsunami. Lihat output, sistem masa nyata.
real outputoutput nyataTeknologi MaklumatTiadaOutput yang dihantar kepada pelanggan sistem maklumat dan tidak boleh didapatkan semula daripada pangkalan data jika berlaku kesilapan.
real time outputoutput masa sebenarTeknologi MaklumatTiadaOutput dikeluarkan daripada sistem tatkala sistem mengesani keperluannya.
input-output analysisanalisis input-outputEkonomiTiadaKaedah sistematik yang menunjukkan pergerakan penjualan dan pembelian input-output antara individu atau sektor sesebuah negara. Biasanya analisis ini menggunakan jadual input-output yang menggambarkan jumlah output sesebuah industri yang digunakan oleh industri lain sebagai input, dan output yang memasuki terus pasaran sebagai barang akhir.
data outputoutput dataKomputerTiada1. Data yang boleh dikeluarkan oleh peranti. 2. Data yang boleh didapati daripada peranti berunsur logik atau output saluran perhubungan berunsur logik.
12345678910...

Kembali ke atas