pa waing | pa waing | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Pa waing terdiri daripada 21 biji gendang dengan saiz yang bersenggat. Dram ini diperbuat daripada kayu dan berbentuk tong cembung. Pa waing mempunyai dua muka kulit yang dipasang pada baluh dengan tali dan ditiunkan dalam skel pentatonik. Kesemua dram tersebut diletakkan secara menegak dan tergantung pada rak kayu yang berbentuk bulatan. Alat muzik ini dipukul dengan jari oleh seorang pemain yang duduk di tengah bulatan rak kayu tersebut. Pa waing memainkan bahagian melodi serentak dengan alat muzik lain dalam orkestra hsaing. Alat muzik yang berasal dari Myanmar ini dimainkan dalam kalangan kaum Burman dalam orkestra yang mengiringi pelbagai jenis teater. Pa waing juga dikenali sebagai hsaing. |
pa yin | pa yin | Muzik | Tiada | Lihat ba yin. |
Hedstrom number | nombor Hedstrom | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nombor yang diungkapkan sebagai dengan He = nombor Hedstrom, � = faktor geseran, Re0 = nombor Reynolds pada permulaan pengaliran, t0 = tegasan alah (Pa), tw = tegasan dinding (Pa). dan seterusnya dipermudah sebagai dengan t0 = tegasan alah bendalir plastik Bingham (Pa), m0 = kelikatan dinamik bendalir plastik Bingham (poise), D = garis pusat (m), r = ketumpatan (kg/m3). Bagi aliran lamina, nombor Hedstrom digunakan untuk mengelaskan profil aliran bendalir plastik Bingham. Jika He/� Re 2 = 1, aliran palam He/� Re 2 = 0, aliran parabola He > � Re 2, bendalir pegun. |
fugacity of PVT data | fugasiti data PVT | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Fugasiti sesuatu bahan yang ditentukan daripada data PVT bagi keadaan suhu T dan kandungan n yang malar melalui persamaan berikut: (rujuk m/s 64) dengan R = pemalar gas semesta, P = tekanan (Pa), � = fugasiti (Pa), y = pecahan mol, = isi padu separa (m3/mol), subskrip j = komponen j. |
threshold of feeling | ambang rasa | Fizik | Akustik | Ambang keamatan atau tekanan bagi gelombang bunyi yang menyebabkan penderiaan tak selesa bagi manusia normal, dan diukur dalam desibel relatif kepada 2 x 10-5 Pa atau 0.1 Pa. |
pressure | tekanan | Mekanik | Gunaan | Keamatan daya yang bertindak pada sesuatu kawasan, iaitu daya bagi setiap luas unit. Nilainya diperoleh dengan membahagikan daya yang bertindak dengan luas medan tindakannya. Tekanan merupakan kuantiti skalar. Simbol yang sering digunakan ialah p manakala unit ukurannya ialah pascal, Pa (1 Pa = 1 N.m-2). Lihat juga tegasan. |
Raoult�s law | hukum Raoult | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Hukum yang menyatakan bahawa fugasiti fasa cecair dan wap dianggap berkelakuan unggul. Persamaan hukum ini menghubungkan fugasiti fasa cecair dan wap yang berada dalam keadaan keseimbangan sebagai �vj = ypj , �Lj = xj Psj , pada keseimbangan ypj = xj Psj , dengan �v = fugasiti fasa wap (Pa), �L = fugasiti fasa cacair (Pa), x = pecahan mol atau jisim fasa cecair, y = pecahan mol atau jisim fasa wap, P = tekanan keseluruhan (Pa), Ps = tekanan tepu (Pa), subskrip j = komponen j. |
ratio of compressibility factor | nisbah faktor kemampatan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nisbah faktor kemampatan adiabatik terhadap faktor kemampatan isoterma yang dijelaskan sebagai ks /kt = CV/CP, dengan ks = faktor kemampatan adiabatik (1/Pa), kt = faktor kemampatan isoterma (1/Pa), CV = kapasiti haba isi padu malar (J/mol K), CP = kapasiti haba tekanan malar (J/mol K), Bagi sistem yang stabil, ks < kt. |
mole fraction | pecahan mol | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Ketumpatan molar yang dibahagi dengan ketumpatan molar keseluruhan. Bagi cecair atau pepejal: xA = CA/C. Bagi gas: yA = PA/P, dengan xA = pecahan mol fasa cecair atau pepejal, CA = ketumpatan molar A, C = ketumpatan molar keseluruhan, PA = tekanan separa A, yA = pecahan mol fasa gas, P = tekanan. |
protactinium | protaktinium | Kimia | Tiada | Unsur logam radioaktif dalam kumpulan IIIB (atau 3) jadual berkala, simbol Pa, nombor atom 91, berat atom 231.036, nombor pengoksidaan +4 dan +5, takat lebur kurang daripada 1200°C, takat didih 4000°C, berbentuk pepejal keras, berwarna putih dan terdapat 13 isotop radioaktif. Isotop radioaktifnya yang paling stabil, Pa-231, mempunyai setengah hayat 32 480 tahun. Unsur ini diekstrak daripada bijih uranium. Protaktinium juga diperoleh melalui penyinaran torium-230. |