assembly; pair | pasangan | Mekanik | Gunaan | 1. (assembly) Sekelompokan komponen kejuruteraan yang terikat di antara satu dengan yang lain, masing-masing pada kedudukannya yang tertentu. Pasangan itu biasanya membentuk sebuah mesin, jentera atau bahagian-bahagian mesin atau jentera. 2. (pair) Dua unsur atau bahagian daripada sebuah mesin, yang bersentuhan dan mengalami gerakan nisbi di antaranya. Pasangan ini juga dinamai pasangan kinematik. |
electron pair | pasangan elektron | Kimia | Tiada | 1. Dua elektron yang mempunyai spin berlawanan dan merupakan elektron sepunya bagi dua atom.,2. Elektron positif dan elektron negatif yang terhasil bersama oleh saling tindakan foton bertenaga tinggi dengan jirim. |
base pair | pasangan bes | Biologi | Genetik | 1. Unit untuk saiz DNA (bp) 2. Pasangan yang khusus antara sitosina dengan guanina dan antara adenina dengan timina atau urasil. |
base pair | pasangan bes | Kimia | Tiada | Dua heterosiklik asid nukleik, purina dan pirimidina yang bercantum melalui ikatan hidrogen pada kedudukan 1-6 bagi purina dan pada kedudukan 2-4 bagi pirimidina. |
base pair | pasangan bes | Kimia | Tiada | Dua heterosiklik asid nukleik, purina dan pirimidina yang bercantum melalui ikatan hidrogen pada kedudukan 1-6 bagi purina dan pada kedudukan 2-4 bagi pirimidina. |
pair production | penghasilan berpasangan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Fenomena yang terjadi hasil tindak balas antara foton sinar gama atau sinar-X bertenaga lebih daripada 1.02 MeV dengan nukleas atom. Tindak balas ini menyebabkan pasangan elektron dan positron terhasil dengan masing-masing bertenaga 0.51 MeV. Kedua-dua elektron berlainan cas ini akan bercantum semula secara musnah habis untuk menjadi foton. Proses ini berlaku apabila foton bertenaga tinggi melalui bahan bernombor atom tinggi. Lihat juga sinaran musnah habis. |
pair production | pengeluaran pasangan | Kejuruteraan | Petroleum | Proses penyerapan sinar gama (foton) bertenaga tinggi akibat terjadinya perlanggaran foton dengan elektron yang wujud dalam orbit atom. Sinar gama hendaklah bertenaga sekurang-kurangnya 1.02 Juta eV. Akibat pelanggaran itu, seluruh sinar gama terserap oleh atom yang menjadi sasaran tetapi sebagai gantinya terbebas sepasang zarah dari atom itu, iaitu elektron dan positron. |
electron-positron pair | pasangan elektron-positron | Fizik | Atom dan Nuklear | Pasangan satu elektron dan antizarahnya, positron yang terbentuk secara spontan dalam proses asas yang melibatkan tindak balas elektromagnet apabila tenaga yang wujud melebihi tenaga rehat kedua-dua zarah, iaitu 1.022 MeV. Contohnya, pasangan ini boleh terbentuk daripada tindak balas bahan dengan sinar-X atau sinar gama, atau elektron bertenaga tinggi, atau zarah bercas yang lain atau daripada peralihan elektromagnet dalam nukleus. |