trough lighting | palung lampu | Teknik | Elektrik | 1. Kotak berupa saluran di atas lampu pendarfluor yang biasanya mengandungi pemula, pencekik, pemuat, kabel dan sebagainya. 2. Pemantul bagi pemasangan lampu pendarfluor yang berbentuk seperti palung atau longkang terbalik. |
abyss | abis | Sains Marin | Tiada | 1. Jurang atau palung lautan yang sangat dalam biasanya melebihi 4000 m. 2. Ceruk dalam yang mengunjur di bawah lantai gua.Sinonim tubir. |
hopper | palung kotak makanan; corong | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Bekas berbentuk piramid dan berpenutup di atasnya, digunakan untuk menerima benda pos di bahagian pengisihan. |
fosse | fose | Geografi | Tiada | 1. Lekukan yang panjang dan sempit atau lompang seperti palung di antara tepi glasier mengundur dan dinding lembahnya, atau di antara depan morain dan dataran basuhan keluarnya. |
fosse | fose | Geologi | Tiada | 1. Lekukan yang panjang dan sempit atau lompang seperti palung di antara tepi glasier mengundur dan dinding lembahnya, atau di antara depan morain dan dataran basuhan keluarnya.,2. Laluan air yang panjang dan sempit. |
alb | alb | Geologi | Tiada | 1. Alb: Pelantar sempit yang rata atau landai, yang memisahkan sisi tegak palung glasier berhampiran dari cerun gunung di bahagian atas. |
blowout | pecah; tiup-keluar;lekukan kautan angin | Geografi | Tiada | 1. Lekukan berbentuk piring atau palung pada permukaan gumuk pasir akibat proses layangan angin. |
abyss | abis | Geologi | Tiada | 1. Bukaan, rekahan, atau lubang yang dalam di permukaan bumi. 2. Ceruk dalam yang mengunjur di bawah lantai gua. 3. Jurang atau palung lautan yang sangat dalam biasanya melebehi 4000 m. |
barotropic disturbance | gangguan barotropi | Sains | Hidrometeorologi | 1. Gangguan gelombang di dalam aliran tak capah dua dimensi dengan mekanisme penggeraknya terletak pada ubahan kevortisan arus asas dan/atau pada ubahan kevortisan bumi sekitar tegakan setempat. Apabila alrus asas seragam, gelombang itu merupakan gelombang Rossby. 2. Gelombang atmosfera berskala siklon dengan palung dan rabungnya hampir menegak. |