Einstein coefficeint | pekali Einstein | Kejuruteraan | Tiada | Pekali kebarangkalian berlakunya pancaran spontan, pancaran rangsang dan penyerapan. |
emissivity | kebolehpancaran | Sains | Hidrometeorologi | Nisbah pancaran sesuatu permukaan tertentu pada kepanjangan gelombang dan pancaran suhu tertentu terhadap pancaran suatu jasad hitam unggul pada kepanjangan gelombang dan suhu yang sama. Nilai kebolehpancaran yang tertinggi ialah satu, manakala yang terendah ialah sifar. Ini merupakan korolari daripada hukum Krichoff yang menyatakan bahawa kebolehpancaran sebarang permukaan pada suhu daya kepanjangan gelombang tertentu adalah tepat sama dengan kebolehserapan permukaan itu pada suhu dan kepanjangan gelombang yang sama. |
field emission | pancaran medan | Fizik | Nanoteknologi | Penerowongan kuantum yang elektronnya merentasi suatu halangan di bawah pengaruh medan elektrik yang tinggi. Fenomena ini amat bergantung pada sifat bahan dan bentuk katod tertentu sehingga nisbah aspek tinggi menghasilkan arus pancaran medan yang tinggi. Pancaran medan digunakan sebagai sumber elektron dalam elektron ingatan kilauan, mikroskop, sistem mikroelektromekanik (MEMS) dan paparan pancaran medan. Pancaran ini dikenali juga sebagai penerowongan Fowler-Nordheim. |
nonthermal emission | pancaran bukan terma | Matematik | Tiada | Sinaran elektromagnet contohnya pancaran sirkrotron, yang dihasilkan sama seperti pancaran terma, iaitu melalui pemancutan elektron atau zarah bercas yang lain tetapi yang pada asalnya bukan terma, yakni spektrumnya bukan daripada jenis pemancar jasad hitam yang sempurna. |
threshold current | arus ambang | Kejuruteraan | Tiada | Arus sempadan di antara pancaran spontan dengan pancaran rangsang pada lekuk kuasa keluaran optik melawan arus mara. |
photoelectron-emission microscope (PhEEM) | mikroskop fotoelektron pancaran (PhEEM) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Sejenis mikroskop elektron yang menggunakan pancaran elektron untuk menghasilkan imej yang beza jelas. Pancaran elektron biasanya dihasilkan oleh sinar UV (ultraungu), sinar sinkroton, atau sinar-X. |
electron beam | alur elektron | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Aliran elektron yang dihasilkan oleh haba (pancaran termion), hentaman yang dikenakan pada atom atau zarah (pancaran elektron sekunder) atau medan elektrik (pancaran medan) yang kuat. Elektron diselarikan (kolimat) oleh lubang dan celahan. Keadaan lubang dan celahan yang mempunyai medan elektrik dan medan magnet menyebabkan elektron dibelokkan, difokuskan, dan bertenaga. |
scintillation counter | pembilang sintilasi | Fizik | Atom dan Nuklear | Alat untuk mengesan dan mengukur sinaran gama dengan membilang pancaran cahaya yang teraruh oleh sinaran tersebut. Keamatan pancaran adalah berkadaran dengan tenaga sinaran. Pancaran tersebut diamplifikasi dan diukur secara elektrik dan dipamerkan atau direkodkan secara digital sebagai bilangan individu. |
emissivity | pancaran | Kimia | Tiada | pancaran: Keupayaan sesuatu permukaan untuk menyinarkan tenaga dan disukatkan berdasarkan nisbah fluks tersinar per unit luas terhadap tenaga yang disinarkan oleh jasad hitam pada suhu yang sama. |
Andromedoid | Pancaran Andromeda | Matematik | Tiada | Pancaran meteor yang radiannya terletak di buruj Andromeda. Bielids. |