Hpa II tiny fragments | keratan kecil Hpa II | Biologi | Genetik | Keratan DNA yang terhasil apabila DNA vertebrat dikerat dengan enzim Hpa II. panjang keratan ialah dalam lingkungan 120 bp. |
perimeter | perimeter | Matematik | Tiada | Panjang lengkung tertutup yang merupakan sempadan suatu kawasan. Contoh: (i) perimeter suatu poligon ialah hasil tambah panjang semua sisi poligon. (ii) perimeter suatu bulatan ialah panjang lilitannya. |
cellulose | selulosa | Kimia | Tiada | Polisakarida, formula am (C6H10O5)n, berbentuk gentian, terdapat dalam dinding sel tumbuhan, terdiri daripada rangkaian panjang unit glukosa yang tidak bercabang, larut di dalam asid sulfurik dan larutan kuprum(II) ammonium hidroksida, tetapi tidak larut di dalam air. Selulosa diperoleh daripada pulpa kayu, kapas dan sumber tumbuhan yang lain dan digunakan dalam pembuatan kertas, rayon, plastik, selofan dan bahan letupan. |
Caenorhabditis elegans | Caenorhabditis elegans | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Sejenis cacing gelang (nematod) lut sinar berukuran 1 mm panjang yang hidup di dalam tanah. C. elegans digunakan sebagai organisma model untuk kajian yang berkaitan dengan genetik dan biologi molekul. Maklumat berkaitan dengan genom cacing ini telah dikenal pasti sejak tahun 1998 dan dianggarkan bersaiz 100 juta pasangan bes dan mengandungi enam kromosom (I, II, III, IV, V, dan X) serta genom mitokondrion. Lihat juga WormBase. |
ocean current | arus lautan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Pergerakan air laut secara teratur sebagai ciri semula jadinya atau lazimnya sebagai arus yang berterusan sepanjang laluan yang dapat ditentukan. Arus lautan dapat dibahagiakan kepada tiga golongan mengikut punca kejadiannya, iaitu: i. arus yang berkaitan dengan gradien ketumpatan air laut; ii. arus yang terhasil daripada tegasan angin terhadap permukaan air; dan iii. arus yang terbentuk daripada pergerakan gelombang panjang, terutamanya dalam bentuk arus pasang surut. |
sudden ionospheris disturbance | gangguan ionosfera mendadak | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Kesan yang disebabkan oleh pengionan tambahan yang dihasilkan secara mendadak di dalam iopnosfera rendah semasa kilau suria. Gangguan ini selalunya dihadkan di dalam hemisfera yang bermatahari, jarang wujud lebih daripada sejam, dan perubahan keamatan suatu tempohnya hampir sepadan dengan keamatan kilau. Antara kesan penting mengiringi gangguan ionosfera mendadak ialah: i. peredaman radio akibat terserapnya gelombang pada frekuensi tinggi (2 � 3mc) di dalam lapisan D; ii. gangguan medan magnet bumi akibat pertambahan kekonduksian lapisan ionosfera bawah; iii. penambahan mendadak atmosferik gelombang panjang yang dirakam dalam julat frekuensi di antara 20 � 100 kc; iv. anomali fasa mendadak gelombang radio frekuensi rendah diskret (10 � 100 kc) akibat percampuan gelombang bumi dan gelombang langit. |