debt instrument | alat hutang | Ekonomi | Tiada | Sebarang dokumen yang menanda -kan pemegangnya mempunyai tuntutan hutang terhadap pengeluar dokumen tersebut. Alat hutang dikenali juga sebagai sekuriti, walaupun kadangkala sekuriti merujuk alat hutang yang mempunyai tempoh matang yang panjang. Misalnya, bil, bon, sekuriti kerajaan, dan sekuriti syarikat. |
kemence | kemence | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut yang digesek. Badannya kecil berbentuk bulat dan lehernya yang panjang tanpa fret dipasang pada badan alat muzik tersebut. Sebatang paku kayu yang panjang dimasukkan pada badan kemence untuk memasang kaki dan lehernya. Oleh sebab itu, alat muzik ini dipanggil spiked fiddle. Kemence yang mempunyai dua hingga empat utas tali dimainkan dengan meletakkannya pada bahagian hadapan kaki pemain. Alat muzik yang berasal dari Parsi ini dimainkan dalam muzik klasik di Timur Tengah. Kemence dikenali juga sebagai kemenche/kemenje, kemanchay. Lihat juga rebab. |
end play | lega hujung | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Jarak gerakan aci engkol atau aci sesondol ke hadapan dan ke belakang pada paksi aci akibat perbezaan jarak bebibir aci dengan panjang galas. Jarak ini diperlukan untuk membenar- kan aci berputar dengan sempurna dan mengurangkan geseran antara aci dengan galas. |
sundatang | sundatang | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut. Badannya kecil, berleher panjang dan berfret. Dua utas tali dipasang pada badan dan lehernya. Sundatang diletakkan mendatar dan tali dipetik dengan jari. Alat muzik ini memainkan melodi untuk mengiringi tarian atau dimainkan sebagai alat muzik solo untuk mengisi masa lapang. Sundatang dimainkan oleh kaum Dusun di Sabah. |
koto | koto | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis ziter panjang. Alat muzik ini diperbuat daripada kayu. Koto berbentuk papan panjang yang mempunyai 13 tali dan 13 kekuda yang boleh dialih-alihkan. Kekuda digunakan untuk meniun setiap tali. Tali dipetik dengan jari dan dimainkan secara solo atau ensembel kecil dalam muzik klasik Jepun yang berkembang pada zaman Tokugawa. |
saz | saz | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut. Badannya diperbuat daripada kayu dan berleher panjang tanpa fret. Saz diletakkan secara mendatar dan tali dipetik dengan jari. Saz yang menghasilkan melodi dimainkan sebagai alat muzik solo atau mengiringi lagu vokal dalam muzik rakyat di Turki. |
qin | qin | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis ziter. Qin diperbuat daripada kayu dan berbentuk papan panjang dengan permukaan yang sedikit melengkung. Alat muzik ini tidak mempunyai kekuda dan tujuh talinya ditiunkan dalam skel pentatonik Cina. Tali dipetik dengan jari untuk menghasilkan melodi. Qin dimainkan sebagai alat solo dalam muzik klasik Cina. |