long lived fission product | hasil pembelahan umur panjang | Fizik | Tiada | Tiada |
longevity | lanjut usia | Gerontologi | Tiada | Perihal umur individu yang panjang. |
beginning rhyme | rima awal | Kesusasteraan | Puisi | Penggolongan bunyi yang terdapat pada suku kata ataupun perkataan di pangkal setiap baris pertama, kedua, ketiga dan seterusnya dalam sesebuah puisi. Pengulangan ini mungkin wujud pada suku kata ataupun perkataan pertama, seperti dalam pantun di bawah . Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi ; Kalau ada umur panjang, Boleh kita berjumpa lagi. |
bone age determination | penentuan umur tulang | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah untuk menentukan umur tulang manusia dan haiwan sama ada lama atau baharu dengan menentukan kandungan florin, nitrogen dan uranium. Tulang yang lebih tua mengandungi kadar florin dan uranium yang lebih tinggi berbanding kadar nitrogen. Kandungan yang tinggi ini mungkin juga disebabkan penyerapan air hujan ke dalam tulang melalui jangka masa yang panjang, manakala kandungan nitrogen dalam bentuk kimia akan terpecah. Tulang yang baru pula mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi manakala kandungan florin dan uranium amat kurang. Walau bagaimanapun, kaedah ini tidak dapat menentukan kronologi dan perbandingan (pentarikhan secara relatif) antara penemuan tulang di suatu tapak dengan tapak lainnya kerana bergantung kepada lingkungan dan keadaan tanah. Kesan ini secara tidak langsung turut mempengaruhi ketiga-tiga unsur yang terkandung di dalam tulang. |
age | umur; peringkat; zaman; kala; masa | Kesusasteraan | Tiada | 1. Jangka masa yang panjang atau pendek mengenai sesuatu zaman. |
metre foot | kaki matra | Kesusasteraan | Puisi | Kelompok suku kata yang berfungsi untuk membentuk sama ada satu unit atau satu kesatuan matra sajak. Lazimnya dalam setiap unit sajak itu terdapat pola bunyi yang tetap, yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang mendapat tekanan dan yang tidak mendapat tekanan. Pola bunyi ini mudah dikesan apabila sesebuah puisi itu dideklamasikan. Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi; Kalau ada umur panjang, Boleh kita berjumpa lagi. |
long term disability insurance | insurans hilang upaya jangka panjang | insurans | Tiada | Polisi kumpulan atau individu yang memberi perlindungan yang lebih lama daripada insurans hilang upaya jangka pendek. Biasanya sehingga insured mencapai umur 65 tahun jika insured mengidap penyakit atau seumur hidup bagi insured ditimpa kemalangan. |
long-term disability insurance | insurans hilang upaya jangka panjang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Polisi kumpulan atau individu yang memberi perlindungan yang lebih lama daripada insurans hilang upaya jangka pendek. Biasanya sehingga pihak yang diinsuranskan mencapai umur 65 tahun jika pihak yang diinsuranskan mengidap penyakit atau seumur hidup bagi pihak yang diinsuranskan ditimpa kemalangan. |
cephalic index | indeks sefalik | Psikologi | Psikologi Umum | Indeks saiz kepala yang diukur berdasarkan nisbah saiz panjang dan lebar kepala didarab dengan 100. Indeks ini telah digunakan secara meluas oleh ahli antropologi pada awal abad ke-20 untuk mengkategorikan populasi manusia. Pada masa kini, indeks ini digunakan untuk menghuraikan penampilan individu dan menganggarkan umur fetus untuk tujuan perundangan dan obstetrik. |