Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pantun
Rujuk :puisi

Puisi
 

Sapu tangan penyapu tangan,
     Menyapu tangan anak Raja Cina;
Lah malang tangan celaka tangan,
     Di dalam tangan diambil orang pula.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
decasyllabicdasasukuKesusasteraanPuisiPerkataan dalam setiap baris pada sesebuah puisi itu mengandungi sepuluh suku kata. Contohnya, pada baris pantun di bawah. Le/bah ter/be/bar ter/bang se/ka/wan, 12345678910 Hing/gap di/ce/lah ka/yu ber/du/ri; 12345678910 A/lang/kah ca/bar ru/pa/nya tu/an, 12345678910 Da/ga/ngan in/dah ti/dak ter/be/li. 12345678910
metrische bewerking (Bld.)olahan terikatKesusasteraanTiadaPuisi-puisi yang mempunyai bentuk-bentuk khusus. Contoh: Pantun: Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Syair: Bulan pun sebelah disaput awan, Seperti muka anak perawan; Mengintai kekasihnya malu-maluan, Berputeralah puteri seorang perempuan. Tembang: Adhuh biyung adhuh nini, rahayune durung sida, wis moh dadi wong, anggandhek, apa ta maneh, jinangkah, ngena-ngene tan enak, lah dalah uwis katemu, katekan katekku baya.
folk songlagu rakyatKesusasteraanTiadaNyanyian yang biasanya dikaitkan dengan kehidupan, pengalaman atau aktiviti harian golongan masyarakat pratulisan. Lagu rakyat biasanya bertemakan pekerjaan, agama, pendidikan, dan percintaan, dan popular sebagai hiburan untuk mengiringi tarian atau sesuatu keramaian. Contoh lagu rakyat yang utama, antaranya lagu nelayan dan petani, lagu kanak-kanak, dondang sayang dan dikir. Lagu rakyat biasanya mempunyai melodi, lirik dan bentuk yang mudah dingati. Pantun biasanya menjadi bentuk yang paling popular untuk lagu-lagu rakyat. Contoh lagu rakyat dalam sastera Parsi berjudul Tarana-yi Baran va Tarana-yi Khurshid khanum (Puan lagu Hujan dan Lagu Mentari). Contoh lagu rakyat dari Kedah adalah seperti yang berikut: Kuak-kuak kerbau di ladang, wei, alih tambat jalan ke rumah lah, Emak-emak abang ku datang, wei, hampar tikar tabur bunga lah.

Kembali ke atas