Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep People’s Action Party (Parti Tin­dakan Rakyat, di Singapura). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pap


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ruling partyparti pemerintahSains PolitikPolitik PerbandinganParti politik yang mendominasi dewan perundangan dan menguasai kerajaan dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Parti ini perlu mendapatkan sokongan majoriti di dewan perundangan untuk membentuk kerajaan serta memerintah negara. Parti pemerintah ini boleh muncul dalam bentuk sebuah parti tunggal seperti Parti Tindakan Rakyat (PAP) atau dalam bentuk gabungan seperti Barisan Nasional (BN). Parti pemerintah juga boleh dipilih sekali Iagi dalam pilihan raya berikutnya atau boleh digantikan dengan parti lain, bergantung kepada sokongan majoriti.
point-to-point protocol(PPP)protokol titik-ke-titik(PPP)Teknologi MaklumatTiadaKaedah yang paling popular untuk memindahkan paket protokol Internet (IP) antara pengguna dengan pembekal perkhidmatan Internet (ISP) melalui pautan bersiri. Protokol ini dibangunkan pada tahun 1994 oleh pasukan petugas kejuruteraan Internet (IETF) yang akhirnya menggantikan protokol Internet talian bersiri (SLIP). PPP mewujudkan sesi antara komputer pengguna dengan ISP melalui LCP-nya sendiri. PPP menyokong PAP, CHAP dan protokol-protokol pengesahan lain seperti pemampatan dan penyulitan. Sinonim protokol kawalan berpaut
Papanicolaou testujian PapanicolaouKimiaForensikKaedah mudah untuk memeriksa sel-sel tisu yang ditanggalkan oleh organ badan. Kaedah ini biasanya digunakan untuk mengesan kanser serviks, tetapi ia boleh digunakan untuk sampel tisu daripada sebarang organ. Calitan biasanya diambil dengan mengumpul beberapa sel yang tertanggal dalam vagina. Teknik ini membolehkan diagnosis awal kanser serviks. Ujian ini juga dikenali secara tidak formal dengan ujian Pap.
majority governmentkerajaan majoritiSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat untuk menjalankan pemerintahan di sesebuah negara setelah mendapat kemenangan yang besar dalam pilihan raya. Kerajaan akan diwakili oleh pemimpin yang terdiri daripada parti yang mendapat sokongan terbanyak masyarakat dan parlimen untuk menerajui pemerintahan. Kerajaan ini biasanya mempunyai pemimpin popular yang mendapat undi terbanyak dalam pilihan raya. Contohnya, Parti Tindakan Rakyat (PAP) merupakan kerajaan majoriti Singapura yang memerintah negara itu sejak merdeka.
monolithic partyparti monolitikSains PolitikPolitik PerbandinganParti politik yang mempunyai kedudukan yang sangat signifikan dalam masyarakat. Parti jenis ini memiliki ciri-ciri seperti sangat dominan, bersaiz besar, sukar diatasi oleh parti lain, mempunyai tahap kesepaduan dan ketahanan yang tinggi serta pengalaman yang banyak. Ciri-ciri ini telah menjadikan kedudukan parti ini sukar dicabar. Contohnya, Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura dapat dianggap sebagai parti monolitik memandangkan kedudukannya yang diterima ramai. Sinonim parti teguh.
one-party dominantdominan satu partiSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan yang dikuasai oleh sebuah parti yang sering kali berjaya menguasai sesebuah kerajaan. Walaupun pelbagai parti dibenarkan bersaing dalam pilihan raya, namun parti dominan ini yang pasti menang. Kemenangan yang dicapai membolehkan parti ini memperkukuhkan kedudukannya dengan menguasai segala agensi pemerintahan serta memastikan penguasaannya dalam pilihan raya akan datang. Contohnya, sebuah parti tunggal seperti Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura atau parti gabungan Barisan Nasional di Malaysia.
dominant partyparti dominanSains PolitikPolitik PerbandinganParti yang sangat berkuasa dan menguasai kerajaan dalam sesebuah negara. Parti ini mendominasi politik sesebuah negara dan kedudukannya sukar dicabar oleh parti lain. Kekuatan parti ini dibuktikan melalui penguasaannya ke atas kerajaan yang tidak pernah tergugat setiap kali pilihan raya diadakan. Parti ini juga disinonimkan sebagai kerajaan. Penentangan terhadap parti ini sering dianggap sebagai menentang negara atau kerajaan. Contohnya, Barisan Nasional (BN) di Malaysia dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura.
ruling eliteselit pemerintahSains PolitikPolitik PerbandinganSekumpulan kecil golongan atasan yang menguasai pemerintahan, ekonomi dan pentadbiran dalam sesebuah negara. Kumpulan penguasa ini tidak semestinya terlibat secara langsung dalam jentera pemerintahan tetapi memiliki hubungan yang akrab dengan pemerintah. Hubungan ini boleh terbentuk kerana mereka menganggotai parti yang sama, rakan lama, hubungan persaudaraan, ikatan perniagaan dan rakan dalam perjuangan sesuatu matlamat poIitik. Dengan itu, mereka mempunyai suara dan sangat berpengaruh dalam menentukan sesuatu keputusan, mempengaruhi pembentukan sesuatu dasar dan boleh campur tangan dalam pelaksanaannya. Contohnya, elit pemerintah Singapura yang wujud di sekitar golongan kanan pemimpin atau bekas pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP).
meranti merah mudameranti merah mudaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu ringan dalam genus Shorea daripada famili Dipterocarpaceae. Di Semenanjung dan Sarawak, kayu ini diberi berbagai-bagai nama meranti seperti meranti lepang, meranti bukit, dan meranti langgung; dan di Sabah ialah kayu ini diberi nama seraya merah, dan berbagai-bagai nama lain. Spesies utamanya termasuk Shorea accuminata, S. leprosula, S. ovalis, dan S. parvifolia. Gubal kayu meranti jenis ini berwarna merah jambu dan tidak banyak berbeza daripada teras kayunya yang berwarna merah tua atau merah coklat. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata, dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 560 hingga 865 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikeringkan tetapi tidak tahan. Kayu meranti merah tua merupakan kayu Malaysia yang paling terkenal, dan sesuai untuk pelbagai kegunaan, seperti perabot kemasan dalaman yang bermutu tinggi, lantai dan dinding, pintu dan tingkap, kayu kumai, venir dan pap

Kembali ke atas