Malesia | | Pertanian | Tiada | Kawasan geografi di rantau Asia Tenggara yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Timor Leste, Filipina dan Kepulauan Borneo hingga Papua New Guinea. Kawasan ini digunakan untuk merujuk lokasi taburan flora dan fauna di negara-negara tersebut. |
mandate stamp | setem mandat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Setem pos yang dikeluarkan oleh negara yang mengawal untuk kegunaan negara yang dikawal, misalnya Papua New Guinea yang dimandatkan kepada Australia. |
Malesia | Malesia | Herba | Botani dan Bioteknologi | Kawasan geografi di rantau Asia Tenggara yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Timor Leste, Filipina dan Kepulauan Borneo hingga ke Papua New Guinea. Kawasan ini merujuk kepada lokasi taburan flora dan fauna di negara tersebut. |
provincial estates | estet wilayah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Aset atau harta milik sesebuah negara yang terletak di kawasan yang berjauhan dari pusat pemerintahan negara tersebut. Estet ini menjadi aset yang amat penting kepada pembangunan ekonomi dan memberi sumbangan besar kepada pendapatan negara. Contohnya, ladang kelapa sawit di Papua New Guinea merupakan estet wilayah Malaysia. |
homogeneity | kehomogenan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Masyarakat yang bersifat sepunya dalam pelbagai aspek kehidupan seperti nilai, adat, bahasa, agama, jenis pekerjaan, pendidikan dan kelas. Dalam masyarakat ini, hierarki wujud dari segi fungsi seperti perbezaan umur, kekeluargaan dan kekerabatan. Masyarakat homogen ini tidak mempunyai kemajmukan dalam amalan kebudayaan. Mereka mempunyai satu identiti serta latar belakang dan cara hidup yang sama antara satu dengan yang lain. Masyarakat ini sudah semakin sukar diperoleh kesan daripada modenisasi yang semakin tinggi. Sifat homogen ini lebih banyak terdapat dalam masyarakat lampau atau terpencil khususnya pada zaman tradisional seperti masyarakat Nuer di Sudan atau masyarakat Trobriand di Papua New Guinea pada awal abad ke-20. |