paracetamol | parasetamol | Kimia | Tiada | Tiada |
paracetamol | parasetamol | Perubatan | Tiada | Tiada |
acetaminophen | asetaminofen | Kimia | Forensik | Formula kimia, C8H9O2N; nama lain, N-asetil-para-aminofenol (APAP,para-asetilaminofenol, parasetamol; nama dagang, Panadol, Tylenol. Hablur tidak berbau, terasa pahit sedikit, takat Jebur 169°C - 171°C, larut sedikit dalam air dan eter, dan larut dalam etanol. Hablur ini disediakan daripada tindak balas para-aminofenol dengan larutan akueus asetik anhidrida. Setaminofen merupakan alternatif aspirin, selain ibuprofen (nama dagang, Advil , Nuprin), dan naproksen (nama dagang, Aleve). Ubat ini mempunyai keaktifan analgesik setanding dengan aspirin, tetapi tidak mempunyai keaktifan antiradang dan tidak mempunyai kegunaan dalam penyakit reumatik. Ubat ini merupakan analgesik sederhana kuat yang paling banyak digunakan serta tidak bersifat asid, dan oleh itu tidak menyebabkan perdarahan dalam perut. Kesan sampingannya termasuk alergi yang serius dan anemia. Dos yang berlebihan menyebabkan kerosakan hati yang boleh membawa maut. |
antipyretic | antipiretik | Farmasi | Farmakologi | Agen yang boleh menurunkan suhu badan yang tinggi khususnya untuk merawat demam. Contoh agen ini ialah parasetamol dan aspirin. |
antidote | antidot | Farmasi | Farmakologi | Bahan yang digunakan untuk mengatasi atau menawar sesuatu keracunan. Sesetengah keracunan mempunyai antidot. Contohnya, N-asetilsisteina ialah antidot untuk keracunan parasetamol. Walau bagaimanapun, terdapat juga sesetengah keracunan yang tidak mempunyai antidot. Contohnya, keracunan akonitina. |
adjuvant | adjuvan | Farmasi | Farmaseutik | Bahan tambah yang mempunyai tindakan farmakologi kendiri yang rendah dan berupaya meningkatkan keberkesanan atau kekuatan sesuatu drug. Contohnya, kafeina meningkatkan kesan analgesia parasetamol. |
prooxidant | bahan prooksida | Herba | Fitokimia | Sebatian kimia yang menggalakkan tekanan oksidatif sama ada melalui pembentukan spesies oksigen reaktif atau perencatan sistem bahan antioksida. Contohnya, pengambilan berlebihan bahan analgesik parasetamol mengakibatkan kemusnahan hati yang sebahagian kemusnahan tersebut berpunca daripada penghasilan spesies oksigen reaktif. Sesetengah sebatian boleh bertindak sebagai bahan antioksida dan bahan prooksida bergantung pada keadaan tertentu seperti kepekatan sebatian kimia, kehadiran oksigen atau logam peralihan. |
therapeutic effect | kesan terapeutik | Farmasi | Farmakologi | Kesan yang bersesuaian dengan tujuan pemberian drug. Kesan ini biasanya berkadar terus dengan dos drug dalam julat terapeutik. Contohnya, penurunan suhubadan seseorang yang demam merupakan kesan dikehendaki daripada pengambilan drug parasetamol. |
generic drug name | nama drug generik | Farmasi | Farmakologi | Nama rasmi sesuatu drug yang telah ditetapkan dalam International Nonproprietary Name (INN) bagi menyatakan kandungan zat kimia di dalamnya. Nama generik perlu diutamakan dalam menu1is preskripsi sesuatu drug. Contoh nama drug generik ialah parasetamol, propranolol dan omeprazol. |
phase I drug metabolism | metabolisme drug fasa I | Farmasi | Farmakologi | Fasa yang melibatkan tindak balas pelbagai fungsi termasuk biotransformasi oksidatif, reduktif dan hidrolitik yang berlaku di dalam hepar. Tindak balas ini memasukkan kumpulan fungsi ke dalam molekul drug bagi membentuk metabolit yang lebih polar berbanding dengan drug tersebut sebagai langkah pertama untuk memudahkan penyingkirannya daripada badan. Metabolisme drug fasa I boleh menyebabkan pengaktifan atau penyahaktifan sesuatu drug. Contoh kelas drug yang menggunakan metabolisme drug fasa I ialah fenotiazina, parasetamol dan steroid. Sekiranya metabolit yang terhasil daripada tindak balas fasaI cukup kepolarannya, maka metabolit tersebut telah tersedia untuk dikumuhkan pada fasa ini. Walau bagaimanapun, kebanyakan produk metabolit fasa I tidak disingkirkan dengan pantas daripada sistem badan dan akan menjalani metabolisme drug fasa IT. |