high tide | air pasang | Sains Marin | Tiada | Keadaan air laut ketika berada pada tahap aras air tertinggi yang disebabkan oleh pengaruh daya graviti bulan dan matahari. Air pasang terbahagi kepada dua jenis, iaitu air pasang biasa dan air pasang tinggi. Air pasang biasa terjadi apabila kedudukan bulan atau matahari berada sejajar kedudukannya dengan bumi, manakala air pasang tinggi berlaku apabila kedudukan bumi adalah sejajar dengan bulan dan matahari. Banding air surut. |
tidal period | kala pasang surut | Sains Marin | Tiada | Selang masa antara dua pasang surut berturut-turut seperti fasa pasang surut atau arus pasang surut. |
tidal channel | alur pasang surut | Geologi | Tiada | Alur utama yang diikuti oleh arus pasang surut, menganjur dari lautan ke rawang pasang surut atau pamah pasang surut. |
tropic tide | pasang surut tropika | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Pasang surut dalam satu hari yang berlaku apabila bulan berada pada sudut khatulistiwa (sudutiswa) maksimum. Bandingkan pasang surut perbani, pasang surut anak. |
spring tide | pasang perbani | Biologi | Ekologi | Pasang surut yang terjadi semasa atau berdekatan dengan masa bulan penuh, iaitu apabila air pasang adalah tertinggi dan air surut adalah lebih rendah daripada paras minimum. Air pasang perbani terjadi setiap dua minggu. Sinonim pasang purnama. |
ebb tide | pasang menyurut | Geologi | Tiada | Istilah tak teknikal yang merujuk pada tempoh pasang surut antara air pasang dan air surut berikutnya. |
ebb tide | pasang menyurut | Sains Marin | Tiada | Istilah tak teknikal yang merujuk tempoh pasang surut antara air pasang dan air surut berikutnya. |
tidal delta | delta pasang surut | Sains Marin | Tiada | Delta yang terbentuk akibat pengaruh pasang naik dan pasang surut yang ekstrem. |
mean high water | min air pasang | Sains Marin | Tiada | Purata perubahan ketinggian air pasang tinggi pada pasang surut yang bercampur sepanjang tempoh 19 tahun. |
tidal amplitude | amplitud pasang surut | Hidrologi | Tiada | Perbezaan di antara paras air tinggi atau air rendah dan min ketinggian pasang surut (setengah julat pasang surut). |