Management Information System (MIS) | Sistem Maklumat Pengurusan | Teknologi Maklumat | Tiada | Sistem maklumat berasaskan komputer yang digunakan untuk mengumpul, memproses dan mengeluarkan laporan yang diperlukan untuk mentadbir dan mengurus sesebuah organisasi. Setiap fungsi bisnes lazimnya menggunakan sistem maklumat yang khusus. Sistem maklumat ini direka bentuk agar aliran maklumat dapat distruktur dan disepadukan dengan sistem maklumat pengurusan fungsi bisnes yang lain. Contohnya sistem maklumat perakaunan sebuah pasaraya mengeluarkan maklumat tentang kedudukan stok, pendapatan hasil jualan harian,mingguan dan bulanan. Contoh lain adalah sistem maklumat pelajar yang mengelurkan laporan statistik pelajar mengikut fakulti, kaum dan jantina. |