mastectomy | mastektomi | Kejururawatan | Tiada | Pembedahan pembuangan payu dara yang disebabkan oleh kanser. |
mammatus | mamatus | Geografi | Tiada | Berkaitan dengan awan yang berbentuk payu dara. |
obi | obi;; tali pinggang (judo) | Kesenian | Tiada | Bengkung lebar yang dipakai di bawah payu dara dan diikat dengan ikat kupu-kupu pada bahagian belakang, dipakai bersama-sama kimono oleh wanita Jepun. |
bust point length | ukuran mercu payudara | Kesenian | Tiada | Ukuran yang diambil dari bahu ke mercu payu dara. |
posts | coli lekap | Kesenian | Tiada | Coli mangkuk tanpa tali dan tanpa bahagian belakang. Dipakai dengan melekapkan mangkuk coli pada payu dara dengan menggunakan perekat. |
antiestrogen | antiestrogen | Farmasi | Farmakologi | Agen yang bertindak menghalang kesan fisiologi estrogen di dalam tubuh. Contohnya, tamoksifen yang biasanya digunakan untuk merawat kanser payu dara. |
pregnancy | kehamilan | Kejururawatan | Tiada | Keadaan kehadiran janin yang berkembang dalam uterus selama 9 bulan dan 10 hari. Ia dicirikan dengan pemberhentian haid, loya dan muntah, pembesaran payu dara, pigmentasi puting, pembesaran abdomen, pergerakan janin dan bunyi denyutan jantung janin. |
phytoestrogen | fitoestrogen | Herba | Fitokimia | Sebatian fitokimia bukan steroid yang memberi kesan serupa dengan hormon estrogen yang terdapat dalam badan manusia. Hormon estrogen mencegah pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, kanser payu dara, Alzheimer, dan melawan beberapa kesan sampingan menopaus. Contohnya, sebatian isoflavonoid seperti daidzein dan genistein yang terdapat dalam kebanyakan tumbuhan seperti kacang soya. Lihat juga isoflavon. |
adjuvant therapy | rawatan adjuvan | Perubatan | Tiada | Rawatan yang diberi kepada pesakit selepas rawatan primer untuk meningkatkan peluang pemulihan penyakit. Rawatan ini mungkin diberi dalam bentuk kemoterapi, radiasi atau rawatan hormon. Sebagai contoh, Tamoxifen digunakan sebagai rawatan adjuvan dalam penyakit barah payu dara bagi mengurangkan kemungkinan berulangnya barah tersebut. |
physical activity | aktiviti fizikal | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Sebarang pergerakan tubuh yang dihasilkan melalui pengecutan otot dan memerlukan penggunaan tenaga. Aktiviti fizikal seperti berjalan, berbasikal, atau bersukan dapat memberikan kebaikan kepada kesihatan. Aktiviti fizikal juga dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, diabetes, kanser payu dara dan kemurungan. Selain itu, aktiviti fizikal yang mencukupi akan membantu mengawal berat badan. |