PB(petabyte) | PB (petabait) | Teknologi Maklumat | Tiada | Unit untuk mengukur kapasiti storan bersamaan dengan 250 (1,125,899,906,842,624 bait). Peta berasal daripada perkataan Greek 'pente' yang bermaksud lima. |
PB (petabyte) | PB (petabait) | Teknologi Maklumat | Tiada | Unit untuk mengukur kapasiti storan yang bersamaan dengan seribu terabait atau 250 (1,125,899,906,842,600 bait). |
lead | plumbum | Kimia | Tiada | Unsur logam dalam kumpulan IVA (atau 14) jadual berkala, simbol Pb, nombor atom 82, berat atom 207.2, nombor pengoksidaan +2 dan +4, takat lebur 327.4°C, takat didih 1755°C, berbentuk pepejal kelabu, lembut, mulur, tahan kakis, pengalir elektrik yang lemah, larut sedikit di dalam air dan terdapat empat isotop yang stabil. Isotop-isotop ini merupakan hasil reputan unsur radioaktif uranium-206, torium-208 dan aktinium-207. Plumbum diperoleh daripada pemanggangan dan penurunan bijih galena (plumbum sulfida), anglesit (plumbum sulfat) dan serusit (plumbum karbonat). Unsur ini digunakan untuk membuat bateri storan, aloi pengimpal dan penyalut kabel. |
unleaded gasoline | gasolin tanpa plumbum | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gasolin yang tidak mengandungi plumbum tetraetil Pb(C2H5)4. Gasolin tanpa plumbum mempunyai pengkadaran oktana yang melebihi RON 87 melalui penambahan bahan, iaitu hidrokarbon aromatik seperti benzana bagi mengelakkan berlakunya letupan dan seterusnya menambah prestasi enjin. Penggunaan bahan api ini menyebabkan kadar kehausan yang lebih tinggi pada bahagian dalaman enjin era 80-an dan sebelumnya seperti dudukan injap dan pandu injap. Namun, masalah ini tidak berlaku pada enjin era 90-an dan seterusnya kerana bahagian tersebut diperkuatkan untuk mengelakkan kehausan. Sinonim petrol tanpa plumbum Banding gasolin berplumbum. |
lead | dawai; plumbum; ceruk ais; penyambungan; sadap; pelangkau; mendahului; lapor; utama | Kejuruteraan | Tiada | 1. Plumbum: Unsur logam bersimbol Pb dan bernombor atom 82. |
leaded gasoline | gasolin berplumbum | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gasolin yang dicampur 3-4cc dengan agen antiketuk, iaitu plumbum tetraetil Pb(C2H5)4. Walaupun penambahan ini mengurangkan pengkadaran oktana bagi bahan api, tetapi gasolin ini dapat mengelakkan berlakunya letupan dan seterusnya menambah prestasi enjin. Penggunaan bahan api ini menyingkirkan plumbum ke sekitaran melalui gas ekzos lalu mencemarkan alam sekitar. Sinonim petrol berplumbum Banding gasolin tanpa plumbum. |
heavy metal | logam berat | Pertanian | Agroteknologi | Logam yang mengandungi graviti spesifik lebih dari 0.5 dan beracun seperti plumbum (Pb) atau raksa (Hg). Penggunaan racun serangga yang melebihi kadar ditetapkan akan menghasilkan kandungan logam berat dalam buah-buahan atau bijirin. Selain itu, penanaman tanaman di atas tanah lombong juga akan mengakibatkan penyerapan logam berat oleh tanaman. Kesan buruk daripada makanan yang mengandungi unsur ini boleh menyebabkan kanser dan berbagai-bagai penyakit kronik kepada manusia. |
detonator | peletus | Kimia | Tiada | Bahan letupan yang digunakan untuk memulakan letupan utama dengan mengeluarkan gelombang kejutan berkelajuan tinggi. Misalnya, plumbum azida, Pb(N3)2. |
partial decay constant | pemalar reputan separa | Fizik | Atom dan Nuklear | Kebarangkalian per unit masa suatu radionuklid mereput kepada satu daripada nukleusnya oleh beberapa mod pereputan. Contohnya, radioisotop Pb mereput dengan memancarkan zarah a yang mempunyai halaju yang berbeza. Setiap pereputan yang menghasilkan halaju zarah a tertentu mempunyai pemalar reputan separa yang berbeza. Sinonim pemalar penyepaian separa. |
basic salt | garam berbes | Kimia | Tiada | Garam yang terbentuk apabila hanya sebahagian oksida atau hidroksida daripada bes digantikan dengan ion negatif lain. Misalnya, plumbum (II) klorida hidroksida, Pb(OH)CI dan bismut (III) klorida oksida, BiOCI. Bdg. garam asid. |