type B personality | personaliti jenis B | Pentadbiran | Tiada | Individu yang berkeyakinan diri melakukan pekerjaan dengan baik dan tidak cepat marah. |
social security | jaminan sosial | Gerontologi | Tiada | Langkah-langkah yang diambil oleh pihak tertentu untuk membantu ahli dalam sesebuah masyarakat yang kurang bernasib baik seperti tiada pekerjaan, tua dan tidak berkeupayaan. |
social mobility | mobiIiti sosial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan yang memungkinkan seseorang itu mendaki hierarki sosial kepada status yang lebih tinggi kesan daripada faktor tertentu seperti pekerjaan atau pendapatan yang lebih baik. Mobiliti ini wujud dalam masyarakat terbuka yang membolehkan seseorang itu memperbaik kedudukannya. Ini berbeza dengan masyarakat tradisional yang hierarkinya tetap atau tertutup, seperti anak petani akan terus menjadi petani manakala anak bangsawan akan terus menjadi bangsawan. Seorang yang lahir sebagai anak petani akan berada dalam hierarki sosial yang rendah tetapi ia boleh meningkatkan taraf kedudukannya dengan berusaha dan menjadi seorang doktor atau jurutera lalu memiliki status sosial yang lebih baik. Mobiliti sosial di Malaysia kini sangat terbuka, sesiapa sahaja yang layak dan berjaya boleh menjawat jawatan penting dalam ekonomi atau poIitik tanpa mengira asal kedudukannya. |