natural abrasive | pelelas asli | Kesenian | Tiada | Pelelas yang dibuat daripada bahan semula jadi. |
spindle sander | pelelas kumpar | Kesenian | Tiada | Pelelas yang dilekatkan pada rod yang berputar untuk melelas permukaan yang melengkung. |
belt sander | pelelas gelung | Kesenian | Tiada | Pelelas berbentuk gelung yang berputar melalui kapi yang dipacu oleh motor. |
disc sander | pelelas cakera | Kesenian | Tiada | Pelelas yang bentuknya seperti cakera. |
drum sander | pelelas tong | Kesenian | Tiada | Pelelas berbentuk silinder yang digunakan untuk melicinkan permukaan yang melengkung. |
abrasive | pelelas | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Bahan pelelas yang digunakan untuk membersihkan permukaan sampel dengan cara menggosok, menggahar, dan melicau. Bahan ini biasanya digunakan dalam bentuk kertas pembersih atau dipasang pada mesin pembersih permukaan. Tujuan penggunaannya adalah untuk menyingkirkan lapisan cat atau melicinkan permukaan sampel mengikut keperluan sebelum ujian tanpa musnah dilakukan. Contohnya, kertas pasir, kapur dan silika. Sinonim pembersihan lelasan. |
abrasive | pelelas | Pergigian | Tiada | Agen yang digunakan untuk menghakis permukaan gigi bagi mengasarkan permukaannya. Ini akan menambah luas permukaan dan membantu pegangan restorasi. Ia juga boleh digunakan untuk melicinkan permukaan restorasi bagi menghalang pembentukan plak. Bahan pelelas ini berbentuk serbuk alumina oksida, pes penggilapan atau kertas pasir, bergantung kepada permukaan yang hendak dilelas. |
micro-abrasion | mikrolelasan | Pergigian | Tiada | Liang seni yang terhasil daripada semburan angin bertekanan tinggi yang bercampur dengan bahan pelelas. Tujuannya untuk menghasilkan pegangan tambahan bagi restorasi resin, venir atau jambatan terikat resin. Bahan pelelas yang biasa digunakan ialah zarah aluminium oksida yang bersaiz 25-50 µm. |
abrasive | pelelas; bahan las | Fizik | Tiada | Tiada |
abrasive | pelelas; bahan las | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |