gingival marginal trimmer | pemangkas pinggir gingiva | Pergigian | Tiada | Alat tangan pergigian yang digunakan untuk memangkas pinggir gingiva bagi membentuk bevel. Alat ini mempunyai bilah yang serong dan diperbuat daripada keluli berkarbon. Ia berdwihujung dan berpasangan untuk pemangkasan kotak proksimal di mesial atau distal kaviti. Alat ini juga terdapat dalam pelbagai saiz (1-2 mm lebar bilah) mengikut kesesuaian saiz kaviti. Alat ini digunakan dengan cara menolak hujung bilahnya ke arah bukal dan lingual di kotak proksimal gigi serta hujungnya akan memangkas pinggir gingiva. Lihat gambar. |