catalyst | pemangkin | Fizik | Nanoteknologi | Bahan yang dapat meningkatkan kadar tindak balas kimia, namun bahan ini tidak digunakan dalam tindak balas tersebut. Pemangkin meningkatkan kadar tindak balas kimia dengan mengurangkan tenaga pengaktifan tindak balas. Kadar tindak balas berlaku dengan cepat apabila permukaan tindak balas kimia diperluas, terutama pemangkin berstruktur nano. Contoh pemangkin semula jadi ialah enzim. |
adenosine-3’, 5’-cyclic monophosphate | adenosina-3’,5’-monofosfat siklik | Kimia | Biokimia | Nukleotida siklik hasil tindak balas ke atas ATP yang memangkini adenil siklase. Sebatian ini berfungsi sebagai pengutus kedua kerana, apabila hormon (pengutus pertama) bergabung dengan sel, kepekatan nukleotida ini bertambah dan akan merangkaikan hormon dengan tindak balas pemangkin-pemangkin khusus dan komponen-komponen sel yang lain. |
catalyst | pemangkin | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Bahan yang berkeupayaan membantu meningkatkan kadar tindak balas kimia tanpa mengalami perubahan sifat kimia. Contoh pemangkin ialah titanium dioksida (TiO2) yang digunakan untuk membersihkan air melalui fotopemangkinan. |
enzyme | enzim | Perubatan | Tiada | Protein yang dihasilkan oleh sel yang bertindak sebagai pemangkin dalam tindak balas biokimia. Berbeza dengan pemangkin yang lain, tindak balas yang dimangkinkan oleh enzim adalah khusus bagi sesuatu substrat. Nama enzim biasanya berakhir dengan �ase. Enzim terbahagi kepada enam kumpulan berdasasrkan jenis tindak balas yang dimangkinkan; kumpulan berkenaan adalah oksidoreduktase, transferase, hidrolase, liase, isomerase dan ligase. |
turn over number | bilangan pusing ganti | Bioteknologi | Tiada | Ukuran aktiviti sesuatu pemangkin, iaitu bilangan molekul substrat yang diubah kepada hasil oleh setiap molekul pemangkin (enzim) per unit masa. |
two stage (three way) catalytic converter system | sistem penukar bermangkin dua tahap (tiga hala) | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Penukar pemangkin yang mempunyai dua lapisan yang tersusun secara bersiri yang dipisahkan oleh satu ruang udara. Lapisan di hadapan mengandungi plat-plat yang disaluti pemangkin 3 hala. Manakala lapisan di belakang bertindak sebagai pemangkin 2 hala. |
catalytic convertor | penukar bermangkin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Alat yang terdapat dalam sistem ekzos yang mengandungi mangkin aktif seperti platinum, paladium dan rodium. Alat ini berperanan untuk menyingkirkan atau mengurangkan gas ekzos berbahaya melalui proses tindak balas kimia. Pemangkin platinum dan paladium akan merangsang tindak balas pengoksidaan bagi karbon monoksida dan hidrokarbon tidak terbakar yang terdapat dalam gas ekzos kepada air dan karbon dioksida, sementara pemangkin podium bertindak mengurangkan gas nitrogen oksida dan menukarkannya kepada nitrogen dan oksigen. Penukar bermangkin ini biasanya berbentuk silinder bujur. Sinonim pemangkin platinium dan paladium, pemangkin podium. |
scooter mechanism | mekanisme skuter | Fizik | Nanoteknologi | Mekanisme bagi menerangkan pembentukan nanotiub karbon dengan jejari yang sekata dan sentiasa terbuka dengan bantuan atom pemangkin kobalt atau nikel. Dalam mekanisme ini, atom logam pemangkin terpaut pada ikatan terjuntai hujung tiub, dan bergerak pantas sekitar bingkai tiub, menyerap atom karbon yang tiba supaya membentuk cincin enam atom, serta melindunginya daripada membentuk cincin lima atom. Sekiranya berlaku pembentukan cincin lima atom, tiub akan tertutup dan proses pembentukan tiub selanjutnya akan terhenti. Atom karbon dalam proses ini dibekalkan oleh penguraian gas hidrokarbon seperti gas metana (CH4) semasa pemendapan wap kimia pada suhu tinggi. |
pellet-bed catalytic converter | penukar bermangkin lapisan berpelet | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Penukar bermangkin yang mempunyai bahagian laluan udara yang berbentuk lapisan pelet seramik yang bersalut unsur pemangkin. Struktur ini menyediakan permukaan yang disaluti unsur pemangkin yang luas. Konfigurasi ini menghasilkan tindak balas kimia gas ekzos yang lebih cekap. Penukar ber- mangkin jenis ini mudah diselenggarakan kerana pelet seramik tersebut boleh digantikan dengan menggunakan peralatan khas seperti penggegar-penyedut. Banding penukar bermangkin monolitik. |
catalyzer | pemangkin | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |