Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.be.kal] | ڤمبکل

Definisi : orang yg memberi (menyediakan) bekal: pasukan ~; ~ modal orang yg memberi modal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.be.kal] | ڤمبکل

Definisi : orang dll yg membekalkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembekal

Peribahasa

622

Union is strength

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
access providerpembekal capaianTeknologi MaklumatTiadaOrganisasi yang mengatur kemudahan mencapai Internet kepada individu atau organisasi. Secara umumnya pembekal capaian boleh dibahagi kepada dua kelas, iaitu pembekal khidmat Internet (ISP) dan pembekal khidmat dalam talian (OSP). Contoh organisasi ISP ialah Telekom Malaysia Bhd (Tmnet) dan MIMOS (Jaring). Contoh OSP ialah Malaysia Cari dan AmericaOnline, yang menyediakan kemudahan tambahan kepada pelanggannya. Lihat ISP dan OSP
application service provider (ASP)pembekal khidmat aplikasi (ASP)Teknologi MaklumatTiadaPembekal khidmat Internet(ISP) yang menawarkan khidmat dalam bentuk khas dari segi pengehosan aplikasi perisian yang disewa kepada pelanggan. Pembekal khidmat aplikasi merupakan syarikat yang membekal aplikasi atau perkhidmatan yang mengedarkannya ke seluruh rangkaian untuk pelanggan. Ini membolehkan syarikat lain yang ingin menjimatkan kos mendapatkan perkhidmatan pembekal khidmat aplikasi.
reciprocity in conglomerateskesalingan konglomeratEkonomiTiadaPihak konglomerat membeli barang daripada pembekal lain dengan syarat pembekal ini membeli pula barang daripada anak syarikat atau cawangannya.
nominated supplierpembekal dinamakanAlam BinaTiadaPembekal bahan-bahan binaan yang dicalonkan oleh klien.
feeder pillarpeti pembekalKejuruteraanTiadaKotak pembekal yang di dalamnya terdapat suis, penyambung dan fius untuk menghubungkan saluran penghantar dari stesen jana kuasa ke saluran pengagihan.
ISP (information service provider)ISP (pembekal perkhidmatan maklumat)Teknologi MaklumatTiadaPembekal maklumat melalui telefon sebagai tindak balas kepada tekan kekunci nada sentuh oleh pelanggan.
ISP (Internet service provider)ISP (pembekal perkhidmatan Internet)Teknologi MaklumatTiadaPembekal yang menyediakan capaian Internet dan WWW kepada pelanggan, contohnya tmnet dan jaring.
extranetEkstranetTeknologi MaklumatTiadaRangkaian komputer tambahan kepada sistem intranet khusus yang berasaskan TCP/IP untuk pelanggan, pembekal dan kumpulan tertentu yang memerlukan maklumat daripada organisasi. Rangkaian ini tidak terbuka kepada Internet. Ekstranet membolehkan rakan atau sekutu mengakses sistem maklumat organisasi. Misalnya pembekal dapat mengakses sistem inventori organisasi tersebut bagi mengetahui paras stok bahan mentah mereka dan seterusnya membekalkan stok tambahan. Data yang dihantar keluar dan masuk sesebuah ekstranet disulitkan bagi memelihara keselamatan dan kerahsiaan organisasi.
extranetEkstranetTeknologi MaklumatTiadaRangkaian komputer tambahan kepada sistem intranet khusus yang berasaskan TCP/IP untuk pelanggan, pembekal dan kumpulan tertentu yang memerlukan maklumat daripada organisasi. Rangkaian ini tidak terbuka kepada Internet. Ekstranet membolehkan rakan atau sekutu mengakses sistem maklumat organisasi. Misalnya pembekal dapat mengakses sistem inventori organisasi tersebut bagi mengetahui paras stok bahan mentah mereka dan seterusnya membekalkan stok tambahan. Data yang dihantar keluar dan masuk sesebuah ekstranet disulitkan bagi memelihara keselamatan dan kerahsiaan organisasi.
ExtranetEkstranetTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerRangkaian komputer tambahan kepada sistem intranet khusus yang berasaskan TCP/IP untuk pelanggan, pembekal dan kumpulan tertentu yang memerlukan maklumat daripada organisasi. Rangkaian ini tidak terbuka kepada Internet. Ekstranet membolehkan rakan atau sekutu mencapai sistem makluman organisasi. Contohnya, pembekal dapat mencapai sistem inventori organisasi tersebut bagi mengetahui paras stok bahan mentah mereka dan seterusnya membekalkan stok tambahan. Data yang dihantar keluar dan masuk sesebuah Ekstranet disulitkan bagi memelihara keselamatan dan kerahsiaan organisasi.
12345678910...

Kembali ke atas