accelarator pump | pam pemecut | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Komponen alat dalam karburetor yang mengepam bahan api memasuki silinder enjin dengan cara melaras bukaan laluan pendikit. Alat ini bersambung terus dengan pedal pemecut. Pam pemecut ini tidak terdapat dalam enjin yang menggunakan sistem pancitan bahan api. |
proton accelerator | pemecut proton | Fizik | Atom dan Nuklear | Pemecut zarah yang digunakan untuk memecut proton kepada tenaga kinetik tinggi. Alat ini berlainan daripada yang digunakan untuk memecut ion berat atau elektron. Kebanyakan pemecut ini beroperasi pada frekuensi melebihi 200 MHz. |
linear accelerator | pemecut linear | Kejuruteraan | Tiada | Pemecut yang elektrodnya disusun supaya zarah yang dipecut menerima penambahan tenaga yang berurutan. |
induction accelerator | pemecut aruhan | Kejuruteraan | Tiada | Pemecut berbentuk siklik bagi memecut alur elektron yang selanjar melalui aruhan magnet. |
atomic accelerator | pemecut atom | Kejuruteraan | Tiada | Pemecut zarah atom. |
electrostatic accelerator | pemecut elektrostatik | Kejuruteraan | Tiada | Pemecut yang bergantung kepada medan elektrostatik hasil daripada voltan terus. |
particle accelerator | pemecut zarah | Fizik | Mekanik | lih. pemecut |
accelerator linear | pemecut linear | Fizik | Atom dan Nuklear | Pemecut zarah yang memecut elektron, proton atau ion berat dalam garis lurus menerusi tindakan voltan ulang-alik. Alat ini dikenali juga sebagai linac. Alat ini terdapat di Stanford Linear Accelarator Centre, Menlo Park, California. |
strong focusing accelerator | pemecut fokus kuat | Kejuruteraan | Tiada | Pemecut bertenaga tinggi yang menggunakan pemfokus kecerunan ulang alik. |
alternating gradient accelerator | pemecut cerun ulang-alik | Kejuruteraan | Tiada | Pemecut bertenaga tinggi yang menggunakan pemfokus kecerunan ulang-alik. |