Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.men.ca.ran] | ڤمنچرن

Definisi : perbuatan memencarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemencaran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
decentralizationpemencaranPengurusanPerancanganKeputusan oleh pengurusan organisasi untuk menurunkan kuasa sah pembuatan keputusan kepada peringkat yang lebih rendah dalam hierarki organisasi. Tujuan pemencaran adalah untuk meringankan beban pihak atasan supaya tumpuan yang lebih dapat diberikan kepada tugas yang lebih utama. Selain itu, tujuan pemencaran juga adalah untuk membolehkan keputusan dibuat dengan lebih pantas bagi meningkatkan kepuasan pelanggan. Contohnya, kuasa sah untuk meluluskan permohonan pinjaman diberikan kepada pegawai pembiayaan di peringkat cawangan sesebuah institusi kewangan. Banding pemusatan.
decentralizationpemencaran (kuasa)PendidikanTiada1. Pemencaran: Keadaan kuasa pengurusan pendidikan yang tidak berpusat dan keputusan pelaksanaan dibuat pada peringkat pengurusan negeri atau daerah.
decentralizationpemencaranSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pentadbiran kerajaan yang mengamalkan kaedah pembahagian kuasa antara pentadbiran pusat, negeri dan daerah. Sistem ini mengamalkan konsep pemberian autonomi dalam hal-hal tertentu oleh pentadbiran pusat kepada peringkat yang lebih bawah. Penurunan autonomi ini dibuat untuk melicinkan pentadbiran supaya lebih kemas dan cekap. Kaedah penyahpusatan ini bukan sahaja wujud di peringkat antara kerajaan tetapi sudah menular ke peringkat pentadbiran organisasi atau birokrasi. Sebagaimana di peringkat kerajaan, penyahpusatan di peringkat birokrasi juga bertujuan melicinkan dan menambahkan kecekapan sistem pentadbiran. Melalui penyahpusatan, jabatan atau bahagian dapat membuat keputusan yang terbaik tanpa perlu merujuk kepada bahagian yang lebih tinggi dan ini sekali gus dapat mengurangkan karenah birokrasi. Contohnya, sistem pentadbiran awam di Malaysia yang mengamalkan pemencaran dalam amalan birokrasi. Sinonim penyahpusatan.
decentralizationpemencaran (kuasa), pengemparanGeografiTiadaTiada
decentralizationpemencaran (kuasa), desentralisasiSosiologiTiada2. Desentralisasi: Kaedah pengagihan semula fungsi dan aktiviti bandar atau wilayah daripada suatu pusat tumpuan kepada beberapa kawasan baharu.
decentralizationpemencaran (kuasa)Sains PolitikTiadaTiada
decentralizationpemencaran (kuasa)SejarahTiadaTiada
decentralizationpemencaran/penyahpusatanSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
decentralizationpemencaranPentadbiranPengurusan-
territorial decentralizationpemencaran wilayahSains PolitikTiadaTiada
12

Kembali ke atas