Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.rian] | ڤمرين

Definisi : 1. perihal memerikan (mengisah­kan), pengisahan; 2. penjelasan, penerangan, penghuraian: masalah pertama yg dihadapi oleh penyusun kamus dlm ~ makna ialah pemilihan atau penentuan makna sesuatu kata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.me.rian] | ڤمرين

Definisi : hal atau cara memerikan sesuatu; penghuraian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peri2
Kata Terbitan : berperi-peri, memerikan, terperi, terperikan, pemerian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
explication de textepemerian teksKesusasteraanTiadaKaedah analisis atau cara pembacaan rapi bagi teks prosa atau puisi. Pemerian teks dipengaruhi oleh corak pengajaran kesusasteraan tradisional, iaitu Practical Criticism yang digunakan dalam sistem persekolahan peringkat menengah di negara Perancis sehingga tahun 1960-an. Pemahaman lebih jelas bagi sesuatu teks sastera dibuat melalui kajian terperinci dengan cara menganalisis aspek linguistik dan menggunakan kaedah stilistik. Analisis sebegini memberi pemahaman yang mendalam dan aspek stail, bahasa, penggunaan simbol dan hubung kait satu bahagian dengan keseluruhan teks tersebut. Pemerian teks penting kepada pengamal teori Kritikan Baharu kerana apresiasi dan penilaian mantap sesuatu teks menjadi lebih berkesan jika tahap pemahaman pembaca mendalam. Kaedah ini mampu mendapatkan suatu interpretasi teks yang bukan sahaja objektif tetapi mantap dari segi teori dan kritikannya.
ornamental contentkandungan hiasanKesusasteraanTiadaBahagian dalam teks puisi atau prosa yang dianggap kurang penting. Bahagian ini biasanya memaparkan aksi yang remeh-temeh, pemerian rinci dan panjang lebar yang bersifat hiasan. Kandungan hiasan berbeza dengan kandungan generatif yang merupakan bahagian penting dalam teks. Kandungan hiasan banyak terdapat dalam genre lipur lara. Dalam karya ini, kandungan hiasan berfungsi menimbulkan keindahan, kekaguman, dan keasyikan. Kandungan hiasan biasanya terdapat dalam bentuk pemerian tentang istana, taman bunga, pakaian putera-puteri, kenduri-kendera, keramaian atau perkelahan. Contohnya, pemerian sebuah taman diungkapkan seperti yang berikut: �Maka dilihat oleh Inderaputera pasirnya itu daripada emas urai, dan batunya itu daripada permata yang indah-indah. Syahadan kersiknya daripada mutiara, dan rumputnya daripada kumkuma, dan tanahnya daripada kesturi, dan airnya daripada air mawar, dan di tepi tasik itu beberapa pohon anggur dan pohon zabib dan pohon delima, dan buah-buahan yang indah-indah di tepi sungai itu.
descriptionpemerianKesusasteraanTiadaGambaran terperinci dalam naratif supaya khalayak dapat menggambarkan imaginasi pengarang.
valence descriptionpemerian valensKimiaTiadaTiada
semitopological descriptionpemerian semitopologiKimiaTiadaTiada
core descriptionpemerian terasKejuruteraanTiadaRekod mengenai teras yang diambil dan pemerihalannya.
descriptionperihalan; pemerihalan; pemerianLinguistikTiadaTiada
descriptive proceduretatacara pemerianLinguistikTiadaTiada
descriptive orderurutan pemerianLinguistikTiadaTiada
descriptive linguisticlinguistik pemerianLinguistikTiadaTiada
1234

Kembali ke atas