logaoedic | puisi prosa | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang pengucapan pemikirannya tidak terlalu terikat oleh ciri-ciri penciptaan sesebuah puisi. Pengarangnya hanya memenggal-menggal sesuatu pemikirannya dalam baris-baris dalam rangkap yang dibinanya. Contohnya, dalam antologi Bunga Gerimis karya Ahmad Sarju. Sinonim logaoedik. seperti jarum yang berputar ke suatu sudut dan arah mengumpul segala rahsia memulakan suatu perjalanan. |
soliloquy | senandika | Kesusasteraan | Tiada | Ujaran yang disampaikan oleh pelakon secara bersendirian untuk menyatakan perasaan dan pemikirannya. Ujaran (percakapan) biasanya dalam drama atau teater, ditujukan kepada diri sendiri untuk mengungkapkan perasaan dan konflik batin yang dihadapinya. Ujaran tidak disasarkan kepada khalayak, namun khalayak dapat mendengar dan seterusnya mengetahui perasaan dan pemikirannya. Contohnya, ucapan watak Hamlet, �To Be� atau �Not To Be�. Senandika disebut juga sebagai solilokui. Lihat juga monolog. |
cycle | siklus | Kesusasteraan | Puisi | Sekumpulan puisi yang perkembangan pemikirannya berpusat sama ada kepada seseorang tokoh atau watak utama, tema atau sesuatu peristiwa penting. Alur atau plotnya berbentuk lingkaran. |
depersonalization | depersonalisasi | Perubatan | Tiada | Perubahan persepsi seseorang tentang dirinya sehingga kewujudan dirinya yang sebenar luput daripada pemikirannya. Keadaan ini merupakan manifestasi neurosis ataupun penyakit mental yang lain. Keadaan ini boleh berlaku di kalangan individu normal, tetapi kesannya tidak begitu ketara. |
absurd drama | drama absurd | Kesenian | Drama dan Teater | Genre drama yang mengungkapkan falsafah eksistensialisme sebagai teras pemikirannya. Lihat jugateater absurd, eksistensialisme. |
brachyliogy | brakiliogi | Kesusasteraan | Puisi | Kalimat yang dibina oleh seseorang penyair, lengkap dan mampu menyampaikan isu, amanat atau pemikirannya sama ada dalam sesuatu baris atau bait mahupun dalam sesuatu rangkap. Sinonim kalimat padat. |
free association | perkaitan bebas | Psikologi | Psikologi Umum | Teknik psikoanalisis yang memberi kebebasan kepada klien untuk menyatakan perkara yang dirasai dalam pemikirannya tanpa mengambil kira sama ada hal tersebut memalukan atau menyakitkan hati. Pemikiran seseorang klien akan dibiarkan mengalir bagai arus tanpa halangan supaya segala pemikiran dan perasaan yang ingin disembunyikan atas sebab tertentu boleh dilahirkan dengan baik dan jelas. Teknik ini merupakan salah satu teknik asas yang digunakan oleh Freud untuk menyelami dasar neurosis yang dialami oleh seseorang klien. |
otiose | boros gaya | Kesusasteraan | Puisi | Penggunaan bahasa yang tidak terkawal. Sama ada kata, frasa, kalimat mahupun pembinaan baris sewaktu mengungkapkan pemikirannya. |
nazam | nazam | Kesusasteraan | Puisi | Bentuk puisi yang berasal dari Parsi. Genre nazam ini mempunyai bentuk yang tetap terutama dalam asterik pembentukan baris dan pembinaan rima. Isi dan pemikirannya lebih banyak berkisar pada hubungan antara raja dan hamba-hambanya. Contohnya, Nazam dalam petikan di bawah. Bahawa bagi raja sekalian Hendak ada menteri demikian Yang pada suatu pekerjaan Sempurnakan segala kerajaan. |
logical stress | tekanan maknawi | Kesusasteraan | Puisi | Tegasan makna yang diberikan oleh penyair dalam puisi ciptaannya. Kata atau diksi yang hendak diterapkan dipilih dengan teliti supaya sesuai dan mampu melahirkan makna atau erti yang terkandung dalam pemikirannya. |