line finder | pencari talian | Kejuruteraan | Tiada | 1. Mekanisme pensuisan yang menentukan talian telefon yang memanggil dari suatu kumpulan, dan menyambungkannya kepada sesalur, pemilih atau penyambung.,2. Peranti elektromekanik yang, secara automatik, menyuap baris platen pencetak kepada baris yang telah ditentukan pada borang tercetak. |
preferential voting | pengundian keutamaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pengundian yang memerlukan satu wakil dari satu kawasan tetapi memberi peluang kepada pemilih menyenarai calon yang disukai menurut keutamaan pengundi berdasarkan nombor 1, 2, 3 dan seterusnya. Calon pertama yang mendapat undi tertinggi melepasi 50%+1 undi akan dianggap pemenang dan akan dipilih menjadi wakil rakyat. Walau bagaimanapun sekiranya tiada calon yang mendapat majoriti sedemikian maka calon yang mendapat undi yang tercorot akan terkeluar daripada pemilihan dan kertas undi beliau akan disemak dan seterusnya calon yang menjadi pilihan kedua dari kertas ini akan mendapat undi tersebut. Daripada pengumpulan undi ini, calon yang melepasi majoriti seperti di atas yang akan menang. Proses tersebut akan berulang sehingga pemenang diperoleh. Sebagai contoh, Australia mengamalkan sistem pengundian keutamaan ini dalam pilihan raya mereka. |
gearshift | penganjak gear | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Alat yang dipasang dalam kotak gear yang membolehkan pemandu memilih gear penghantaran ke kedudukan gear 1, 2, 3, 4, pacu lebih dan juga gear undur. Alat ini terdiri daripada tuil penganjak yang disambung pada aci penganjak yang menggerakkan cabang pemilih gear. Tuil penganjak boleh terletak di lantai kenderaan atau disambungkan ke tiang stering. Alat ini terdapat pada kotak gear kendalian manual kenderaan bermotor. |