Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mu.ju.kan]/[pe.mu.ju/.kan] | ڤموجوقن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) memujuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mu.ju.kan]/[pe.mu.ju/.kan] | ڤموجوقن

Definisi : perbuatan atau hal memujuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pujuk
Kata Terbitan : memujuk, pujukan, pemujukan, pemujuk,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
persuasionpemujukanKomunikasiKorporatProses mempengaruhi khalayak yang dilakukan secara sedar untuk memastikan berlakunya perubahan emosi, pandangan, sikap, nilai, keyakinan, kepercayaan, dan perlakuan khalayak berkenaan. Proses tersebut dilakukan dalam tiga keadaan utama. Pertama, apabila sesebuah organisasi mengalami krisis komunikasi. Kedua, apabila organisasi secara mutlak berfungsi sebagai agen pemujukan. Ketiga, apabila organisasi yang terlibat mempromosikan sesuatu acara, barangan, dan perkhidmatan. Kaedah pemujukan boleh dilakukan dengan menyalurkan mesej dalam medium terpilih seperti komunikasi antara perseorangan, komunikasi kumpulan kecil, komunikasi awam, dan media massa. Mesej bersifat pemujukan dicipta dan diolah secara strategik dengan mengambil kira pemilihan perkataan, ayat, audiovisual, warna, masa, tempat, keadaan, dan sebagainya bagi menepati latar belakang dan keperluan khalayak sasaran. Matlamat akhir proses pemujukan adalah untuk mewujudkan kesan perubahan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Proses pemujukan biasa
self-assertionpenegasan diriKomunikasiKorporatKeupayaan untuk mempamerkan keyakinan diri semasa proses komunikasi. Kesungguhan untuk mempamerkan keterampilan diri ialah sifat asas yang perlu ada dalam diri seseorang terutama ketika melakukan pemujukan dalam proses komunikasi. Kerja yang berkaitan dengan pemujukan banyak diamalkan oleh pegawai penerangan dan perubahan. Contohnya, pegawai penerangan dan perubahan perlu yakin dengan maklumat yang hendak disampaikan dan kemampuan yang ada pada dirinya sebelum melakukan kerja penerangan dan pemujukan kepada orang ramai. Hal ini kerja kedua-dua elemen ini boleh membentuk sifat penegasan diri yang seterusnya boleh menyebabkan khalayak yakin dan percaya dengan maklumat yang disampaikan.
courtshippemujukanPerhutananTiadaTiada
technique of mass persuasionteknik pemujukan amSejarahTiadaTiada
brainwashingpembasuhan otakKomunikasiTiadaTeknik pemujukan yang dirancang bagi menghapuskan ketetapan, pendirian dan ideologi lama kepada sesuatu yang baru.
commercial propagandapropaganda komersialKomunikasiTiadaKomunikasi pemujukan yang dilancarkan oleh sesebuah organisasi secara terancang, sistematik dan berulang-ulang untuk meningkatkan pengeluaran dan memperoleh keuntungan dengan cara mempengaruhi khalayak supaya membeli dan menjadi pelanggan bagi hasil keluarannya. Lihat juga: iklan.
icing techniqueteknik pengindahanKomunikasiTiadaTeknik pemujukan yang dilakukan terhadap khalayak dengan cara menyampaikan perutusan yang beremosi sehingga menarik perhatian khalayak walaupun kandungannya tidak menyenangkan penerima.
pay off techniqueteknik ganjaranKomunikasiTiadaTeknik pemujukan yang dilakukan terhadap khalayak dengan menjanjikan pulangan yang menguntungkan.
advertisingperiklananKomunikasiTiadaBidang yang melibatkan kegiatan pemujukan dan pemberitahuan mengenai perkhidmatan atau barangan yang bermula dengan perekaan, penulisan hingga kepada penyebaran maklumat secara kreatif dan menarik kepada khalayak menerusi media massa.
unique selling propositionsaranan jualan unitKomunikasiKorporatKaedah pemujukan mesej yang unik dalam pengiklanan. Melalui kaedah ini, mesej barangan atau perkhidmatan yang diperagakan perlu memiliki ciri eksklusif dan boleh menggambarkan pulangan faedah yang menarik serta istimewa, yang tidak didapati sebelum ini. Faedah tersebut biasanya berbeza dengan barangan atau perkhidmatan lain kerana kepentingannya kepada khalayak sasaran. Dalam pengiklanan, seseorang pengarah kreatif perlu bertanggungjawab memilih pendekatan persembahan iklan yang mempunyai ciri tersebut bagi memastikan peringkat keberkesanan penyampaian mesej yang tinggi. Keunikan inilah yang menjadi tema mesej sesuatu iklan. Contohnya, syampu jenis A mempunyai ciri keistimewaan yang sama dengan syampu jenis B. Walau bagaimanapun, pengiklan akan menggunakan kaedah saranan jualan unik bagi menonjolkan keistimewaan syampu jenis A dari segi keharumannya yang kekal lebih lama berbanding syampu lain di pasaran. Oleh itu, keistimewaan keharuman yang terdapat pada syampu jenis A dianggap sebagai sesuatu yang eksklusi
1234

Kembali ke atas