Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.ha.nan] | ڤناهنن

Definisi : 1. perbuatan menahan (menang­kis), penangkisan; 2. perbuatan menahan (mengekang), pengekangan: ~ hawa nafsu; 3. perbuatan (tindakan) menahan (per­mohonan dll); 4. perbuatan (tindakan) mena­han orang (drpd memasuki sesuatu kawasan dsb); 5. perbuatan (tindakan) menahan (mengu­rung, memenjarakan, dsb utk semen­tara sahaja), pemenjaraan, pengurungan: ~ mereka dianggap tidak sah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.ha.nan] | ڤناهنن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) menahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
retention volumeisi padu penahananKimiaTiadaHasil darab masa penahanan dengan kadar aliran fasa gerak dan dapat dinyatakan sebagai VR = TR x F dengan, VR = isi padu penahanan TR = masa penahanan F = kadar aliran fasa gerak
relative retentionpenahanan relatifKimiaKimia AnalisisFaktor penahanan dalam kromatografi gas yang didapati dengan membandingkan faktor penahanan suatu analit dengan faktor penahanan yang sama bagi suatu piawai.
retention factorfaktor penahanan (R)HerbaFitokimiaPecahan masa purata komponen sebatian larut untuk berada dalam fasa bergerak dalam sesuatu kromatografi. Oleh itu, hubungan secara matematik ialah nisbah penahanan dengan masa komponen bahan larut membahagi fasa gerak dengan fasa pegun ialah R = tG / tG + tp, (tG merujuk kepada masa bagi komponen bahan larut berada dalam fasa gerak, dan tp merujuk kepada masa bagi komponen bahan larut berada dalam fasa pegun). Bagi komponen bahan larut yang sangat cenderung untuk tertahan pada fasa pegun, nilai R menghampiri sifar, manakala yang kurang cenderung untuk tertahan pada fasa pegun, nilai R menghampiri satu. Nilai faktor ini memberikan gambaran sama ada dua sebatian mudah dipisahkan atau tidak.
arbitrary detentionpenahanan sewenang-wenangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan pihak berkuasa mengurung seseorang dengan zalim, iaitu tanpa bukti orang tersebut telah melakukan jenayah atau tanpa mengikut peruntukan undang-undang. Perbuatan ini bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang. Penahanan sewenang-wenang juga bertentangan dengan hak kebebasan diri yang dilindungi oleh undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.
glossretentionpenahanan kilatPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
incarcerationpenahananSejarahTiadaTiada
emperancepenahanan diri; kesederhanaanKesenianTiadaTiada
restraint (social)penahanan (masyarakat)PendidikanTiadaTiada
egg retentionpenahanan telurPerikananTiadaTiada
arrestantbahan penahananPerhutananTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas