Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.ja] | ڤناجا

Definisi : 1. orang yg menaja, orang yg mem­pelopori sesuatu: beliau ialah salah seorang drpd ~ parti tersebut; 2. syarikat dsb yg menaja sesuatu rancangan radio atau televisyen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.ja] | ڤناجا

Definisi : orang yg menaja (mempelo­pori atau membiayai) sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taja
Kata Terbitan : menaja, tajaan, penajaan, penaja,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
in-kind sponsorpenaja barangan; penaja perkhidmatanEkonomiTiadaYayasan, syarikat atau individu yang menaja sesuatu program atau acara dalam bentuk barangan atau perkhidmatan (bukan wang tunai) seperti perjalanan, penginapan, hadiah, makan minum dan lain-lain.
in-kind sponsorpenaja barangan; penaja perkhidmatanKomunikasiTiadaYayasan, syarikat atau individu yang menaja sesuatu program atau acara dalam bentuk barangan atau perkhidmatan (bukan wang tunai) seperti perjalanan, penginapan, hadiah, makan minum dan lain-lain.
alternate sponsorshippenaja selangKomunikasiTiadaPihak pengiklan atau penaja yang berkongsi dengan penaja atau pengiklan lain untuk membiayai kos masa penyiaran sesuatu rancangan.
general sponsorpenaja umumEkonomiTiadaYayasan, syarikat atau individu yang menaja sesuatu program atau acara tidak kurang daripada 50% jumlah tajaan dan dibenarkan menggunakan imej program serta mendapat liputan media yang luas. Penaja ini menjadi penaja paling tinggi jika tiada penaja perdana.
general sponsorpenaja umumKomunikasiTiadaYayasan, syarikat atau individu yang menaja sesuatu program atau acara tidak kurang daripada 50% jumlah tajaan dan dibenarkan menggunakan imej program serta mendapat liputan media yang luas. Penaja ini menjadi penaja paling tinggi jika tiada penaja perdana.
co-sponsorpenaja bersamaKomunikasiKorporatPendekatan aktiviti penajaan untuk sesuatu acara, kempen, atau projek yang dilakukan secara bersama oleh beberapa syarikat. Penaja bersama juga boleh menanggung kos keseluruhan secara perkongsian. Setiap syarikat boleh menyumbang sesuatu bahagian perbelanjaan aktiviti yang ditaja. Jenis penajaan yang kerap digunakan seperti menyediakan poster, hadiah, ruang aktiviti, makan minum dan pengangkutan, atau menguruskan perolehan tetamu, artis dan pakar yang diperlukan oleh aktiviti berkenaan. Pendekatan penaja bersama turut diamalkan dalam aktiviti penajaan iklan dalam media cetak atau elektronik.
takaful underwriterpenaja jamin takafulEkonomiEkonomi IslamIndividu yang diberi tanggungjawab oleh sesebuah syarikat pengendali takaful untuk memilih risiko takaful dan menentukan syarat yang perlu diterima oleh syarikat itu dalam menanggung sesuatu risiko. Penaja jamin juga menentukan had bendungan atau had risiko yang boleh ditanggung oleh sesebuah syarikat pengendali takaful. Sekiranya terdapat pelanggan yang memohon perlindungan risiko yang melebihi had bendungan, penaja jamin boleh menasihatkan syarikat pengendali takaful supaya menolak permohonan tersebut atau mencadangkan skim takaful semula supaya risikonya boleh dikongsi bersama dengan syarikat takaful yang lain.
sponsorpenajaKomunikasiKorporatSebuah yayasan, syarikat, atau individu yang membayar pelaksanaan sesuatu aktiviti, sama ada dalam bentuk acara atau projek. Penajaan boleh dilakukan dalam bentuk bantuan kewangan, perkhidmatan seperti menyediakan poster, hadiah, ruang aktiviti, makan minum, pengangkutan, dan pengurusan perolehan tetamu, artis dan pakar, serta endorsan yang diperlukan oleh aktiviti berkenaan. Sekiranya sesuatu penajaan melibatkan jumlah kos yang tinggi, penaja diberi peluang terlibat dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan acara berkenaan. Pihak penaja juga akan mendapat hak mengiklankan barangan atau perkhidmatan sepanjang tempoh aktiviti atau projek berlangsung. Sesebuah organisasi atau syarikat hanya akan menaja sekiranya aktiviti atau projek yang ditaja boleh meningkatkan citra atau sebarang keuntungan lain kepada pihak syarikat.
fixed position messageletakan tetap mesejKomunikasiKorporatPenyiaran iklan atau hebahan khidmat awam yang dipaparkan pada papan iklan untuk satu tempoh yang panjang. Pemaparan mesej iklan disokong oleh penaja tertentu dan kadangkala dipasang di premis yang dimiliki oleh penaja berkenaan. Mesej iklan biasanya mempunyai kepentingan awam dan juga kepentingan organisasi penaja.
underwriterpenaja jaminUndang-undangTiadaTiada
12345

Kembali ke atas