process improvement | penambahbaikan proses | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Usaha atau tindakan yang dilakukan untuk mempertingkatkan kualiti dan memperkemas sistem dan peraturan yang sedia ada dalam sesebuah organisasi. Kebiasaannya, penambahbaikan proses melibatkan penilaian semula sistem pentadbiran, pengurusan semasa dan penstrukturan organisasi. Tindakan ini termasuk menilai semula keupayaan untuk mencapai matlamat, misi dan wawasan yang telah ditetapkan. Ia melibatkan perancangan yang rapi, pengurusan yang cekap, penandaarasan, TQM, ISO dan sebagainya. Tindakan yang diambil ini biasanya akan bersandarkan kepada sesuatu metodologi atau strategi yang tersusun untuk menghasilkan sesuatu objektif yang disasarkan. |
style improvement | penambahbaikan gaya | Ekonomi | Tiada | Tiada |
cost of improvement | kos penambahbaikan | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
administrative change | perubahan pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Proses penambahbaikan dan pengemaskinian pentadbiran organisasi. Perubahan pentadbiran boleh berlaku dalam organisasi dan persekitarannya. Perubahan ini berlaku dengan cepat atas desakan penyesuaian teknologi moden yang sofistikated sesuai dengan perubahan zaman. Aspek perubahan pentadbiran boleh dilihat dalam pembentukan dasar pentadbiran yang baru, gaya pengurusan, pendekatan yang terkini dan penggunaan pelbagai prasarana moden yang lebih efisien. Keberkesanan dari perubahan ini banyak bergantung kepada penyesuaian yang dibuat khususnya melibatkan penstrukturan hubungan kerja antara pentadbir dengan kakitangan bawahan. |
eugenic | eugenik | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Konsep dan amalan untuk penambahbaikan ciri-ciri genotip dan fenotip generasi baharu populasi manusia unggul melalui pembiakan terpilih. Contohnya, perkahwinan antara dua ras yang dianggap berlainan taraf. Eugenik berkecenderungan menimbulkan banyak isu etika kerana takrifan manusia unggul merupakan sesuatu yang relatif. |
development administration | pentadbiran pembangunan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pengukuhan dan penambahbaikan teknik, proses dan sistem bagi meningkatkan keupayaan pentadbiran sesebuah negara. Pentadbiran pembangunan mengandaikan pemodenan negara bergerak seiringan dengan struktur birokrasinya. Menurut Lucien Pye, birokrasi yang berkesan boleh menyumbang kepada pembinaan negara bangsa. Pentadbiran pembangunan berkembang pada tahun 1950-an hasil penggabungan bidang ekonomi klasik dengan bidang pentadbiran awam. |
manufacturing line extension | pemanjangan saluran pengilangan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Penambahbaikan operasi atau sistem dalam pembuatan produk untuk meningkatkan pengeluaran atau kualiti produk. Pemanjangan saluran pengilangan memerlukan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). |
content editing | penyuntingan kandungan | - | Tiada | Proses menyunting teks yang merangkumi penambahbaikan terhadap susunan struktur, persembahan dan fakta. Sinonim substantive editing. |
copy editing | penyuntingan naskhah | - | Tiada | Proses menyunting teks yang merangkumi penambahbaikan terhadap bahasa, keselarasan, ketekalan dan susunan. Sinonim table editing. |
administrative reform | pembaharuan pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tindakan yang dilakukan untuk penambahbaikan struktur dan sistem pentadbiran. Ia merupakan usaha pengubahsuaian yang sengaja dilakukan, melibatkan penerapan nilai-nilai dan teknologi baru dalam sistem kerajaan yang sedia ada. Caiden, seorang sarjana pentadbiran awam, mentakrifkan pembaharuan pentadbiran sebagai usaha mendorong perubahan pentadbiran kepada sesuatu yang baru dan berbeza dengan yang sedia ada. Manakala Yehezkel Dror mentafsirkan pembaharuan pentadbiran sebagai perubahan yang terarah bagi ciri-ciri utama sesuatu sistem pentadbiran. Quah pula mentafsirkan pembaharuan pentadbiran sebagai percubaan yang terancang untuk mengubah struktur dan prosedur birokrasi serta tingkah laku birokrat awam yang terlibat bagi meningkatkan keberkesanan organisasi. |