Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nang.ka.pan] | ڤنڠکڤن

Definisi : perihal menangkap, peme­gangan, penahanan, dll: pakatan sulit itu gagal dan ~ beramai-ramai telah dijalan­kan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nang.ka.pan] | ڤنڠکڤن

Definisi : hal atau perbuatan menangkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
resonance capture of neutronpenangkapan resonans neutron/penangkapan salinan neutronFizikTiadaTiada
resonance capture of neutronpenangkapan resonans neutron/penangkapan salinan neutronKejuruteraanTiadaTiada
preferential fishing righthak penangkapan ikan keutamaanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHak yang diberikan kepada nelayan dari negara lain untuk menangkap ikan di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ). Hak tersebut tertakluk kepada perjanjian khas antara negara yang terlibat. Contohnya, negara A telah memberi keizinan menangkap ikan di Zon Ekonomi Eksklusif kepada negara B dengan syarat tertentu. Syarat tersebut antaranya ialah pemberian keizinan dengan prosedur yang ketat, pembayaran atau pampasan atas keizinan penangkapan tersebut, jenis penangkapan ikan yang dibolehkan, jumlah penangkapan yang dibolehkan, peraturan musim penangkapan, ukuran dan jumlah alat penangkapan/kapal yang digunakan, pengawasan, pemeriksaan jumlah penangkapan, atau prosedur undangundang apabila terjadi pelanggaran izin tersebut.
artisanal fisherypenangkapan kecil-kecilanPerikananTiadaAktiviti menangkap ikan yang dijalankan pada skala kecil bagi keperluan makanan dan sumber pekerjaan kepada penduduk setempat. Objektif utama penangkapan kecil-kecilan adalah untuk memastikan penduduk setempat berkongsi sumber perikanan. Melalui aktiviti ini, nelayan menggunakan peralatan tradisional dan penangkapan ikan dilakukan secara harian. Pelbagai teknik penangkapan digunakan berdasarkan sumber, persekitaran dan musim yang berbeza.
offshore fishingpenangkapan ikan luar pesisirGeografiTiadaPenangkapan ikan di kawasan air luar pesisir.
radiative capturepenangkapan sinarKejuruteraanTiadaPemancaran sinar gama tangkapan oleh nukleus sebaik-baik sahaja berlakunya penangkapan oleh nukleus akan salah satu elektron orbitnya.
video capture softwareperisian penangkapan videoTeknologi MaklumatTiadaPerisian yang digunakan dengan kad penangkapan video untuk memampatkan data video.
pulse fishingpenangkapan berkalaPerikananTiadaAktiviti menangkap ikan yang dilakukan di sesuatu kawasan dalam jangka masa tertentu. Aktiviti penangkapan ini kemudiannya berpindah ke suatu kawasan yang lain bagi memastikan stok ikan di kawasan itu dapat membiak dan membesar sebelum boleh ditangkap semula. Lihat juga stok ikan.
exclusive fishing righthak penangkapan eksklusifPerikananTiadaKebenaran untuk menangkap ikan yang diberikan oleh pertubuhan antarabangsa kepada sesebuah negara di sesuatu perairan berdasarkan persetujuan yang telah dicapai. Contohnya, hak penangkapan ikan tuna di Lautan Hindi diberikan kepada Malaysia berdasarkan komitmen dan sumbangan Malaysia kepada Indian Ocean Tuna Commission (IOTC).
exclusive fishing zonezon penangkapan eksklusifPerikananTiadaKawasan tertentu di laut yang dibenarkan untuk aktiviti memancing dan menangkap ikan. Kawasan ini termaktub dalam peraturan atau undang-undang negara yang berkaitan. Contohnya, kawasan untuk penangkapan ikan oleh nelayan tradisional ialah 5 batu nautika dari pantai.
12345678910...

Kembali ke atas