Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penat-

Puisi
 

Penat sudah saya kemudi,
     Tidak sampai ke Pulau Daik;
Penat sudah mencampak budi,
     Tidak juga dapat baik.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Biar penat badan asalkan hati suka.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu dengan suka hati.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
asthenopiaastenopiaPerubatanTiadaKeadaan yang berlaku apabila organ penglihatan menjadi lemah dan cepat penat. Keadaan ini ditandai dengan rasa sakit pada mata, pening dan kekaburan penglihatan.
asthenopiaastenopiaSains KesihatanTiadaMerujuk kepada sebarang keluhan berkaitan dengan kerengsaan mata. Contohnya mata berair, mata merah, mata penat, mata rasa berpasir dan sebagainya.
broncheal asthmaasma bronkialPerubatanTiadaKeadaan bronkus menjadi hiperaktif dan menyempit yang menyebabkan pesakit mengalami kesusahan bernafas, lelah dan penat yang berulang. Sesetengah asma dicetuskan oleh alahan, manakala yang lain mungkin dicetuskan oleh bersenam, habuk dan stres psikologi. Walaupun terdapat banyak ubat yang boleh membantu pesakit asma, penyebab penyakit perlu juga dielakkan supaya pengawalan dan pencegahan penyakit dapat dilakukan dengan berkesan. Antara kumpulan ubat asma ialah steroid, agonis beta, metilxantin dan perencat leukotrin.
bronchial asthmaasma bronkialPerubatanFarmakologi

Keadaan bronkus menjadi hiperaktif dan menyempit, yang menyebabkan pesakit mengalami kesusahan bernafas, lelah dan penat yang berulang. Sesetengah asma dicetuskan oleh alahan, manakala yang lain mungkin dicetuskan oleh habuk, stres psikologi dan bersenam. Walaupun terdapat banyak ubat yang boleh membantu pesakit asma, penyebab penya kit perlu juga dielakkan supaya pengawalan dan pencegahan penyakit dapat dilakukan dengan berkesan.  Antara kumpulan ubat asma ialah steroid, agonis beta, metilxantin dan perencat leukotrin.

encephalitisensefalitisPendidikanTiadaSatu bengkakkan pada otak atau tisu lapisan luar otak yang disebabkan oleh beberapa virus. Sesetengahnya boleh mengakibatkan perubahan saraf yang berterusan selepas bengkakkan itu berhenti. Simptomnya seperti cepat penat, koma, sakit kepala dan lumpuh.

Kembali ke atas