talent scout | pencungkil bakat | Komunikasi | Tiada | Tiada |
talent scout | pencungkil bakat | Komunikasi | Tiada | Tiada |
tooth pick | pencungkil gigi | Perubatan | Tiada | Kepingan kayu atau bahan lain yang kecil dan runcing dihujungnya untuk membersihkan kawasan antara proksimal gigi. |
hoof pick | pencungkil telapuk | Veterinar | Tiada | Tiada |
dug-well | perigi gali | Hidrogeologi | Tiada | Perigi yang digali manusia dengan menggunakan alat seperti pencungkil, penyodok atau jentera penggali. Garis pusatnya antara 3 kaki hingga 30 kaki dan dalamnya hanya beberapa puluh kaki sahaja. Ruj.: Meinzer 1923 |
grasping | menggagau | Perikanan | Tiada | Kaedah menangkap ikan yang hanya menggunakan tangan atau peralatan ringkas seperti penyodok, pisau pencungkil dan kayu. Kaedah ini terhad untuk menangkap ikan, hidupan yang tidak bergerak atau hidupan yang bergerak secara perlahan sahaja. Menggagau merupakan satu kaedah menangkap ikan yang paling mudah kerana tidak memerlukan peralatan yang rumit. |
hand picking method | kaedah tangkap tangan | Perikanan | Tiada | Kaedah yang paling primitif untuk menangkap ikan atau haiwan akuatik dengan menggunakan peralatan mudah seperti pisau, kepingan kayu dan pencungkil untuk mencungkil haiwan berkenaan, dan seterusnya dikutip dengan tangan. Kaedah ini hanya digunakan untuk menangkap haiwan yang tidak bergerak atau yang bergerak secara perlahan. |
bone industry | industri alat tulang | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Alat yang diperbuat daripada tulang untuk dijadikan senjata dan perhiasan. Alat ini terdiri daripada anak panah, tombak, sudip, sudu, pisau, pencungkil tanah, jarum, manik, kalung, gelang dan sebagainya. Cara penghasilan alat ini adalah dengan menebuk pada bahagian tulang atau dibilah sebahagian daripada tulang tersebut. Kebanyakan alat ini dijumpai pada Zaman Neolitik. Antara tulang yang kerap digunakan terdiri daripada tulang ikan, monyet, khinzir dan rusa. |
artifact | artifak | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Bukti tinggalan berupa data arkeologi yang dibuat oleh manusia untuk keperluan kegunaan harian. Artifak dihasilkan daripada batu, tulang, kaca, tanah, logam dan kayu. Alatan ini biasanya digunakan untuk perburuan, pertanian dan perdagangan. Kepentingan artifak dapat menunjukkan perkembangan teknologi, budaya, umur dan kegunaannya. Contoh artifak ialah kapak batu, mata tombak, alatan pencungkil, pedang dan keris. |