certificate of registration | sijil pendaftaran/perakuan pendaftaran | Aeroangkasa | Tiada | Sijil yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk pendaftaran pesawat udara.,Sijil yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk pendaftaran pesawat udara. |
certificate of registration | sijil pendaftaran/perakuan pendaftaran | Ekonomi | Tiada | Tiada |
certificate of registration | sijil pendaftaran | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Sijil yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk pendaftaran produk herba dengan syarat-syarat tertentu. Sijil ini perlu diperbaharui setiap lima tahun. Sijil pendaftaran ini mengandungi maklumat nama pemegang dan nombor pendaftaran produk. Di Malaysia, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) merupakan pihak berkuasa yang mengeluarkan sijil pendaftaran bagi produk herba. |
pawn offical registration | pendaftaran rasmi gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pendaftaran khas yang rasmi untuk menggantikan peranan terima serahan oleh pegadai. Pendaftaran ini diperlukan terutamanya bagi barang gadaian dalam bentuk barang tak alih seperti rumah dan tanah kerana barang ini tidak boleh diserahkan secara fizikal. Mahkamah atau pejabat daerah boleh melakukan pendaftaran rasmi untuk memelihara barang gadaian serta menjadi tempat terima serahan yang sah bagi pihak pegadai. |
product registration termination | penamatan pendaftaran produk | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Pemberhentian kebenaran untuk menjual produk herba di pasaran. Pemegang pendaftaran produk perlu memulangkan semula sijil pendaftaran produk kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Nombor pendaftaran produk yang telah ditamatkan tidak boleh digunakan semula dan produk tersebut tidak boleh dipasarkan di Malaysia. |
product registration number | nombor pendaftaran produk | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Nombor yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk menyatakan sesuatu produk herba boleh dijual. Nombor pendaftaran bagi setiap produk adalah unik. Nombor pendaftaran produk dimulakan dengan huruf ’MAL' yang diikuti dengan 8 angka, dan diakhiri dengan kod produk. Contoh nombor pendaftaran MAL12345678T. Kod produk adalah seperti yang berikut: A: Ubat terkawal (Ubat preskripsi), X: Ubat terkawal tanpa preskripsi, T: Ubat tradisional dan N: Tambahan kesihatan. |
certificate of registry | perakuan pendaftaran | Sukan | Tiada | Dokumen yang mengandungi maklumat lengkap kapal termasuk pelabuhan pendaftaran, nama kapal, keterangan pemilik dan nombor pendaftaran. |
cancellation of registration | pembatalan pendaftaran | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk membatalkan pendaftaran produk yang telah diberikan kepada syarikat sekiranya didapati terdapat kecacatan pada kualiti, keselamatan, keberkesanan atau kegagalan untuk mematuhi syarat-syarat pendaftaran. Produk yang dibatalkan pendaftarannya tidak boleh diimport, dikilang, dijual, dibekal, diguna atau dimiliki. Di Malaysia, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) boleh membatalkan kelulusan yang telah diberikan pada bila-bila masa tanpa menyatakan alasan. |
drug registration system | sistem pendaftaran ubat | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Prosedur untuk mendaftarkan ubat berdasarkan peraturan yang ditetapkan. Di Malaysia, sistem pendaftaran ubat farmaseutikal, tambahan kesihatan, produk tradisional dan peranti perubatan dinyatakan secara terperinci dalam Dokumen Panduan Pendaftaran Dadah (DRGD). |
existing product registration holder | pemegang pendaftaran produk sedia ada | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Syarikat atau perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan merupakan pengguna sistem pendaftaran produk dan perlesenan (QUEST) yang berdaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Pemegang pendaftaran produk sedia ada diberi kuasa untuk memasarkan produk berdaftar di Malaysia. |