fluorescent dye | pewarna pendarfluor; pencelup pendarfluor | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
fluorescent dye | pewarna pendarfluor; pencelup pendarfluor | Kejuruteraan | Tiada | Pencelup yang digunakan dalam uji kaji untuk menentukan kesan sebaran dan pencairan sisa radioaktif apabila dimasukkan ke dalam air. |
autofluorescence | autopendarfluor | Fizik | Nanoteknologi | Proses pendarfluor yang berlaku dalam bahan asal suatu organisma. Proses ini dapat memberikan gangguan dalam penggunaan mikroskop pendarfluor organisma tersebut yang diberikan tompokan bahan berpendarfluor (seperti antibodi yang berlabel bahan pendarfluor). Gangguan ini dihasilkan apabila kesan autopendarfluor lebih besar daripada isyarat cahaya yang diperlukan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu autopendarfluor sangat berfaedah untuk dijadikan sebagai penanda diagnostik. |
impact fluorescence | pendarfluor hentaman | Kejuruteraan | Tiada | Pendarfluor yang disebabkan oleh pembedilan zarah. |
fluorescent lamp | lampu pendarfluor | Teknik | Elektrik | Lampu nyahcas yang mengeluarkan cahaya melalui pengionan wap merkuri bertekanan rendah. Permukaan dalam tiub kaca lampu ini disaluti bahan pendarfluor. Lampu ini mempunyai katod yang membebaskan elektron dan mengalirkannya ke anod apabila dikenakan voltan yang sesuai. Elektron yang dibebaskan akan melanggar atom merkuri dan menghasilkan sinaran ultralembayung yang akan ditukarkan kepada cahaya nampak oleh bahan pendarfluor, biasanya fosfor. |
fluorescent laquer | lakuer pendarfluor | Kesenian | Tiada | Lakuer yang bercahaya seperti pendarfluor. |
fluorescence screen | tabir pendarfluor | Kimia | Tiada | Tabir yang disalur pada sebelah muka dengan bahan pendarfluor, misalnya kalsium sulfida yang mengeluarkan cahaya apabila terkena sinar X atau sinar katod. |
fluorescent lamp | lampu pendarfluor | Kejuruteraan | Tiada | Lampu elektrik yang terdiri daripada tiub yang disalut dengan serbuk pendarfluor dan mengeluarkan cahaya yang lebih sejuk dan kurang menyilau apabila terdedah kepada sinaran ultralembayung. |
fluorescent lamp | lampu pendarfluor | Kimia | Tiada | Lampu elektrik yang terdiri daripada tiub yang disalut dengan serbuk pendarfluor dan mengeluarkan cahaya yang lebih sejuk dan kurang menyilau apabila terdedah kepada sinaran ultralembayung. |
relative fluorescence unit) | unit relatif pendarfluor | Sains Forensik | Tiada | Unit ukuran kuantiti yang menggunakan pengesanan pendarfluor. Dalam alat penganalisis DNA forensik yang menggunakan pewarna berpendarflour, unit ini dijadikan skala paksi Y elektroferogram bagi ukuran ketinggian puncak carta. Singkatan RFU. |