beast story | cerita binatang | Kesusasteraan | Tiada | Cerita rakyat yang dikenali juga sebagai cerita mergastua. Biasanya pendek dan watak-wataknya terdiri daripada binatang-binatang yang diberikan sifat manusia, diberi akal, boleh bercakap dan sebagainya. |
teka-teki | teka-teki | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: �Gajah putih di tengah rumah� (jawapannya kelambu) �Manis di mulut masam di rambut� (jawapannya: gula-gula getah) �Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir� (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: �Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput |
Down syndrome | sindrom Down | Psikologi | Psikologi Umum | Kecelaruan yang berpunca daripada masalah genetik atau kromosom terutama kromosom yang ke-21 yang berganda dua atau trisomi. Trisomi boleh berpunca daripada kecacatan dalam telur ibu atau sperma bapa. Punca ini juga boleh dikaitkan dengan umur perkahwinan lelaki atau perempuan. Individu yang berkahwin lewat berkemungkinan tinggi melahirkan anak sindrom Down. Individu yang mengalami sindrom Down biasanya akan mengalami kerencatan akal, di samping memperlihatkan ciri atau sifat fizikal yang serupa seperti mata senget, jari kaki tangan yang pendek dan gemuk, lidah sedikit terjulur dan rambut jarang. |