geometric sounding | pemeruman geometri | Geologi | Tiada | Bentuk pemeruman elektromagnet yang pemisahan gelung penghantar dan penerimanya berubah-ubah. |
bistatic configuration | konfigurasi dwistatik | Fizik | Akustik | Konfigurasi alat untuk mengkaji serakan yang susunan pemancar dan penerimanya tidak terlalu dekat. |
fax | faks | Kejuruteraan | Tiada | Penghantaran dan penerimaan maklumat berbentuk teks atau bergambar melalui mesin yang mempunyai sistem pengimbas segerak pada bahagian transmiter dan penerimanya dan sistem telegrafi. |
dead letter | tidak terpakai (undang-undang) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 2. Surat mati: Surat yang dihantar kembali ke pejabat pos kerana tidak dapat disampaikan kepada penerimanya. |
clubbed packet licence | ejen kiriman berlesen | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Ejen pengirim yang menghantar benda pos yang mengandung sekumpulan surat yang berlainan alamat untuk diserahkan kepada ejen lain yang akan menyerahkan benda pos itu kepada penerimanya. |
waqf property | mauquf | Ekonomi | Ekonomi Islam | Harta yang diwakafkan oleh wakif kepada penerima wakaf tertentu. Harta wakaf mestilah dimilik oleh wakif, mempunyai nilai dan bersifat kekal seperti harta tetap supaya boleh menghasilkan manfaat jangka panjang kepada penerimanya. Mauquf juga boleh berbentuk modal kewangan yang boleh dilaburkan dalam aktiviti ekonomi kurang risiko supaya memperoleh keuntungan berterusan untuk diagihkan kepada penerima yang telah ditetapkan. Mauquf terbahagi kepada beberapa jenis bergantung pada jangka masa, kegunaan dan penerima wakaf. Dari segi jangka masa, mauquf boleh berbentuk wakaf kekal atau wakaf sementara. Penggunaan wakaf boleh berbentuk wakaf khas atau wakaf umum, manakala penerima wakaf boleh berbentuk wakaf khairi atau wakaf zurri. Sinonim harta wakaf. |