child grooming | pengantunan kanak-kanak | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan persediaan awal yang dilakukan oleh pelaku dewasa terhadap mangsa kanak-kanak dengan menjalinkan hubungan mesra bagi tujuan melakukan jenayah pada masa hadapan. Tindakan ini termasuklah mendapatkan akses kepada mangsa, membina hubungan kepercayaan dan kepatuhan, serta memastikan kerahsiaan agar perbuatan pelaku tidak terdedah. |
child sexual grooming | pengantunan seksual kanak-kanak | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan persediaan awal yang dilakukan oleh pelaku dewasa terhadap mangsa kanak-kanak dengan menjalinkan hubungan mesra bagi tujuan melakukan serangan seksual pada masa hadapan. Tindakan ini termasuklah mendapatkan akses kepada mangsa, membina hubungan kepercayaan dan kepatuhan, serta memastikan kerahsiaan agar perbuatan pelaku tidak terdedah. |
non-contact sexual abuse | penderaan seksual tanpa sentuh | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan seksual yang dilakukan oleh seseorang terhadap mangsa dengan sengaja tanpa melibatkan sentuhan fizikal. Perbuatan ini dilakukan dengan cara visual, lisan dan dalam talian dengan tujuan untuk mendapatkan kepuasan seksual. Contohnya, pengantunan seksual dalam talian, mendedahkan alat sulit, menunjukkan isyarat berunsur seksual dan menunjukkan gambar pornografi kepada mangsa. |