Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengaruhnya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dominantdominanPerubatanTiadaSifat yang lebih kuat pengaruhnya, yang diwarisi daripada salah seorang ibu bapa. Sifat berkenaan menutupi sifat yang satu lagi yang diwarisi daripada ibu/bapa, dan dengan demikian menjadi lebih ketara pada individu tersebut. Bdg. resesif.
filedmedanMatematikTiadaKawasan agensi fizikal yang di dalamnya menggunakan pengaruhnya, dan diukur berdasarkan daya yang dialami oleh objek di dalam kawasan tersebut. Justeru, jasad yang padat akan mempunyai medan graviti yang berkaitan yang di dalamnya objek itu merasai daya tarikan. Ada banyak jenis medan, antaranya ialah medan graviti, magnet, elektrik, dan medan nukleus, dan setiap medan ini mempunyai ciri yang tersendiri dan menggunakan pengaruh masing-masing pada lingkungan yang tertentu.
fourth statekekuasaan keempatKomunikasiTiadaGelaran kuasa yang diberikan kepada pihak akhbar kerana kekuatan pengaruhnya sehingga mampu mengubah sikap, pandangan dan perlakuan masyarakat. Gelaran ini diberikan pada tahap keempat kerana kekuasaan pertama, kedua dan ketiga masing-masing dimiliki oleh lembaga eksekutif, perundangan dan pengadilan.
radius of influencejejari pengaruhHidrogeologiTiadaJarak jejari dari pusat perigi ke pinggir kawasan pengaruhnya. �Jejari� menggambarkan suatu kawasan bulat, yang jarang terdapat di lapangan. Bagi kawasan berbentuk lain, jarak tersebut mungkin dinyatakan sebagai jarak minimum atau jarak purata. Ruj.: Am. Soc. Civil Eng. 1958
radius of influencejejari pengaruhHidrologiTiadaJarak dari paksi suatu perigi pampa atau perigi imbuh yang pengaruhnya terhadap permukaan piezometri atau freatik tidak lagi terlihat.
fifth statekekuasaan kelimaKomunikasiTiadaGelaran kuasa yang diberikan kepada pihak penyiaran radio selepas lembaga eksekutif, perundangan, pengadilan dan pihak akhbar kerana kekuatan pengaruhnya sehingga mampu mengubah sikap, pandangan dan perlakuan masyarakat.
growth polekutub pertumbuhanSosiologiTiadaSatu set industri yang berkembang terletak di kawasan bandar dan menggalakkan pertumbuhan aktiviti ekonomi yang selanjutnya di seluruh kawasan pengaruhnya.
growth polekutub pertumbuhanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu set industri yang berkembang terletak di kawasan bandar dan menggalakkan pertumbuhan aktiviti ekonomi yang selanjutnya di seluruh kawasan pengaruhnya.
symmetrysimetriKesenianSeni BinaImbangan yang tercapai melalui penggunaan rupa bentuk yang serupa di kedua-dua belah garisan paksi. Simetri telah lama menjadi unsur dalam reka bentuk dan gaya seni bina dan pengaruhnya dapat dilihat seperti pada Menara Pisa, Monticello, Astrodome, Bangunan Opera Sydney, tingkap gereja Goth dan Pantheon. Unsur simetri juga digunakan pada kebanyakan reka bentuk asas bangunan seperti reka bentuk elemen bangunan (pintu, tingkap dan perhiasan).
mimemimosKesusasteraanTiadaBentuk persembahan bisu dalam drama atau teater yang menggunakan gerak tubuh dan gerak isyarat semata-mata bagi menyampaikan makna dan cerita. Oleh itu, persembahan bisu bukanlah suatu karya sastera bertulis. Persembahan ini bermula di Sisicy dan selatan Itali, dan merupakan suatu bentuk hiburan yang popular pada abad pertengahan. Kemudian, pengaruhnya berkembang di Eropah sehingga mimos menjadi sebahagian daripada tradisi drama Eropah. Istilah ini berasal daripada perkataan Yunani mimos bermaksud �pelakon� atau �pengajuk�. Mimos dikenali juga sebagai kialan.
12

Kembali ke atas