Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.wé.tan] | ڤڠاويتن

Definisi : perihal (proses, perbuatan, dsb) mengawet; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.wé.tan] | ڤڠاويتن

Definisi : proses atau kerja menjadikan sesuatu awet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengawetan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
food preservationpengawetan makananKimiaTiadaPemprosesan makanan dengan tujuan mencegah penguraian bahan kimia dan pembiakan mikroorganisma berbahaya. Pengawetan makanan boleh dilakukan melalui proses pensterilan atau penyimpanan makanan dalam keadaan yang tidak sesuai bagi pertumbuhan mikroorganisma, seperti cara penyejukan, pengeringan, penjerukan atau pengasapan. Bahan pengawet yang digunakan dalam pengawetan makanan termasuk sulfit, benzoat, dan borat.
chemical preservationpengawetan kimiaBuluhTiadaPengawetan buluh menggunakan bahan pengawet, iaitu bahan kimia yang bersifat toksik kepada agen perosak seperti anai-anai, serangga penebuk dan kulat pereput, yang bertujuan untuk melindungi buluh. Antara bahan kimia yang sering digunakan ialah asid borik, boraks dan asetik anhidrida. Sinonim rawatan kimia.
membrane curingpengawetan selaputKejuruteraanKejuruteraan BangunanPengawetan yang menggunakan sebatian palan cecair.
accelerated curingpengawetan terpecutKejuruteraanKejuruteraan BangunanPengawetan ke atas konkrit dengan menggunakan wap ataupun menggunakan haba elektrik bagi memanaskan keseluruhan konkrit. Dengan demikian proses tindak balas akan berlaku dengan kadar yang lebih cepat apabila suhu dinaikkan dan seterusnya kadar kenaikan kekuatan konkrit juga turut bertambah. Ini amat perlu dalam pengeluaran komponen-komponen konkrit pratuang.
steam curingpengawetan wapKejuruteraanKejuruteraan BangunanPengawetan terpecut yang dilakukan ke atas konkrit dengan menggunakan wap yang disalirkan pada konkrit baru supaya dapat mengeras dengan cepat.
pressure curingpengawetan bertekananKejuruteraanPetroleumProses pengawetan contoh simen dilakukan di dalam air pada tekanan di atas daripada tekanan atmosfera. Proses ini dilakukan ke atas contoh-contoh simen yang akan diuji, seperti dalam pengujian kekuatan mampatan dan lain-lain.
steam curingpengawetan wapAlam BinaTiadaPengawetan terpecut yang dilakukan ke atas konkrit dengan menggunakan wap yang disalirkan kepada konkrit baru supaya ia mengering dengan cepat.
electron beampengawetan pancar elektronKesenianTiada1. Pengawetan pancar elektron: Proses mengawet permukaan sesuatu komponen dengan menggunakan pancaran elektron yang bertenaga tinggi.
curing1. pengawetan 2. pematanganPentadbiran PerniagaanTiada1. Pengawetan: Proses membuat sesuatu supaya tahan lama dan tidak mudah rosak, menggunakan bahan pengawet.
impregnation of timberpengawetan kayuKejuruteraanKejuruteraan BangunanPengawetan yang dilakukan ke atas kayu dengan cara merendamkan bahan tersebut ke dalam larutan kimia bagi menahannya daripada mudah reput.
12345678910...

Kembali ke atas