Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.ci.lan] | ڤڠچيلن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) mengecil­kan: pengurangan perbelanjaan awam akan melibatkan ~ peruntukan tersebut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.ci.lan] | ڤڠچيلن

Definisi : perbuatan (hal dsb) mengecil atau mengecilkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengecilan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cloud attenuationpengecilan awanSainsHidrometeorologiPengecilan sinaran gelombang mikro oleh awan. Bagi jalur kepanjangan gelombang beberapa sentimeter awan menghasilkan penyerakan Rayleigh. Pengecilan sebahagian besar disebabkan oleh penyerakan dan bukan penyerapan, bagi awan ais dan awan air. Pengecilan awan [db/km] untuk pancaran sehala. dengan ialah air cecair dalam ketumpatan air dalam kepanjangan gelombang; k sama dengan ; dengan ialah pemalar dielektrik kompleks. Pengecilan bergantung pada dan dalam julat kepanjangan gelombang dari 10 ke 1 cm adalah hampir (1 hingga 100) x bagi awan air dan (2 hingga 20) x bagi awan ais.
attenuation coefficientpekali pengecilanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikFenomena pengecilan yang terjadi apabila sinaran pengionan berinteraksi dengan bahan sehingga keamatan yang awal menjadi kurang apabila menembusi bahan tersebut. Pengecilan berlaku disebabkan oleh tindak balas kesan fotoelektrik, penyerakan Compton, dan penghasilan berpasangan. Pekali pengecilan linear boleh diterangkan melalui formula seperti yang berikut: I = I0e^μx, Dengan I ialah keamatan selepas melalui bahan, I0 ialah keamatan awal, μ ialah pekali pengecilan linear, dan x ialah ketebalan bahan. Lihat juga kesan fotoelektrik, penyerakan Compton, penghasilan berpasangan.
attenuation coefficientpekali pengecilanKejuruteraanTiadaPekali pengecilan: Pemalar yang menjelaskan kuantiti pecahan yang lesap oleh pengecilan apabila sinaran melalui bahan dengan ketebalan tertentu.
attenuationpengecilanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikProses pengecilan tenaga sinar pengion selepas melalui bahan. Proses ini disebabkan oleh faktor serapan, serakan dan pantulan yang berlaku semasa sinar pengion melalui bahan. Formula bagi pengecilan keamatan sinaran bagi tenaga mono dan alur sempit ialah: I = I0e^μx, Dengan I ialah keamatan selepas melalui bahan, I0 ialah keamatan sebelum melalui bahan, μ ialah pekali pengecilan, dan x ialah ketebalan bahan.
attenuationpengecilanKejuruteraanTiada2. Pengecilan: Penurunan kuantiti sinaran akibat daripada saling tindak sinaran dengan jirim apabila sinaran melalui jirim.
lossy attenuationpengecilan hilangKejuruteraanTiadaPengecilan sinaran terpancar pada bahagian gentian optik yang dibuat khusus untuk menyerap dan menyerak sinaran tersebut.
attenuation indexindeks pengecilanFizikAkustikNisbah pengecilan bunyi terhadap jarak perambatan gelombang bunyi dalam suatu medium.
broad beam attenuationpengecilan alur lebarKejuruteraanTiadaPengecilan keamatan sinaran alur lebar yang lebih kecil berbanding dengan alur sempit bagi bahan yang sama.
differential mode attenuationpengecilan mod bezaKejuruteraanTiadaPengecilan yang berbeza antara mod-mod merambat di dalam gentian optik.
photoelectric attenuation coefficientpekali pengecilan fotoelektrikKejuruteraanTiadaPekali pengecilan yang berkaitan dengan kesan fotoelektrik.
12345678910...

Kembali ke atas