Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.ko.dan] | ڤڠکودن

Definisi : perbuatan (kerja, proses) me­ngekodkan atau mengkodifikasikan: ~ tatabahasa Yunani telah dijalankan pd zaman kerajaan Helenistik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengekodan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
interrupted genegen tergangguBiologiGenetikGen eukariot yang terdiri daripada mozaik jujukan pengekodan dan bukan pengekodan; jujukan pengekodan didapati pada RNA matang manakala jujukan bukan pengekodan tidak wujud pada RNA matang; jujukan pengekodan juga dikenali sebagai ekson manakala jujukan bukan pengekodan dikenali sebagai intron.
nonsecret encoding schemeskema pengekodan bukan rahsiaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTeknik pengekodan yang dilakukan bukan untuk tujuan merahsiakan mesej atau data seperti pengekodan Huffman. Pengekodan ini bertujuan untuk memberi pemampatan kepada data agar dapat mengurangkan lebar jalur yang diperlukan untuk komunikasi. Data yang dikod menggunakan teknik ini boleh dikembalikan semula ke bentuk asal dengan mudah.
A lawhukum ATeknologi MaklumatTiadaPiawaian pengekodan modulasi kod denyut/pemodulatan kod denyut (PCM) yang digunakan di Eropah dan kawasan yang diluar pengaruh Amerika Utara. Pengekodan Hukum A adalah satu kaedah pengekodan PCM yang menukar isyarat suara analog kepada isyarat strim bit digital. Pengekodan ini berasaskan kepada 32 saluran yang dua daripadanya digunakan untuk kawalan dan 30 lagi digunakan untuk memancarkan data pada kadar 2.048Mbps. Lihat PCM dan Hukum MU.
split gengen terpisahBiologiGenetikSuatu lokus gen yang dibahagikan kepada turutan nukleotida pengekodan dan bukan pengekodan.
gene predictionperamalan genBioinformatikBioinformatik MolekulProses pengenalpastian kawasan DNA genom yang mengekodkan gen seperti gen pengekodan protein, gen pengekodan bukan protein dan elemen pengawal atur.
epigenomic variationvariasi epigenomikBioinformatikBioinformatik MolekulKepelbagaian dalam proses metilasi DNA, pengubahsuaian histon, kedudukan dan penempatan nukleosom, serta pengekspresan RNA pengekodan dan bukan pengekodan.
Pulse code modulation (PCM)modulasi kod denyut (PCM)Teknologi MaklumatTiadaKaedah pengekodan isyarat suara analog kepada strim bit digital. Skema pengekodan audio tak susut ini lazim digunakan pada audio CD dan DVD. Skema pengekodan ini mengekalkan bunyi fideliti yang tertinggi.
absolute codingpengekodan mutlakMatematikTiadaPengekodan dalam bentuk bahasa angka yang boleh diterima oleh unit aritmetik dan kawalan suatu komputer.
combination codingpengekodan gabunganPerpustakaanTiadaPengekodan suatu subjek khusus yang dibuat dengan menyambungkan dua atau lebih posisi kad di dalam sistem kad bertakuk tepi yang diasingkan secara manual.
character encodingpengekodan aksaraTeknologi MaklumatPerisianSistem yang mengandungi kod yang berpasangan dengan jujukan aksara daripada set aksara yang diberi kepada set lain seperti jujukan nombor atau denyutan elektrik. Pengekodan ini memudahkan penghantaran data sama ada nombor, aksara atau teks melalui rangkaian telekomunikasi dan storan dalam komputer. Contohnya, pengekodan aksara “A” dalam piawaian ASCII ialah 41H atau 01000001.
12345678910...

Kembali ke atas