Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngéks.tra.kan]/[pe.ngéks.tra/.kan] | ڤڠيکسترکن

Definisi : proses (perbuatan atau tindakan) mengekstrak: ~ protein drpd kacang soya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengekstrakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
herbal extractionpengekstrakan herbaHerbaTiadaProses mengeluarkan komponen terlarut daripada bahan herba berbilang komponen. Terdapat pelbagai jenis pengekstrakan, iaitu pengekstrakan pelarut organik, maserasi, perkolasi, pengekstrakan lawan arus, pengekstrakan bendalir lampau genting, penyulingan dan ekspresi.
extraction controlkawalan pengekstrakanSains ForensikTiadaKawalan terhadap sampel yang mengandungi kesemua bahan uji seperti yang digunakan dalam pengekstrakan DNA daripada sampel sebenar. Kawalan ini tidak mengandungi DNA dan diamplifikasikan seperti sampel lain untuk menguji sama ada terdapatnya DNA asing dalam bahan uji pengekstrakan yang digunakan. Kawalan pengekstrakan menjadi sebahagian daripada kawalan mutu dalam pengujian forensik DNA.
extractive fermentationfermentasi pengekstrakanBioteknologiTiadaFermentasi yang melibatkan pengeluaran hasil secara selanjar menggunakan kaedah pengekstrakan pelarut yang tak larut air. Hasilnya adalah lebih larut dalam pelarut berbanding dengan air dan kaedah pengekstrakan ini juga dapat mengelakkan perencatan oleh hasil akhir ke atas organisma penghasil sesuatu bahan. Fermentasi pengekstrakan digunakan dalam penghasilan asid organik atau asid lemak beruap.
microwave-assisted extractionpengekstrakan berbantu mikrogelombangHerbaFitokimiaTeknik pengekstrakan yang menggunakan sinaran mikrogelombang untuk meningkatkan keberkesanan proses pengekstrakan. Peningkatan keberkesanan ini disebabkan oleh kesan langsung tenaga mikrogelombang ke atas biomolekul menerusi konduksi ionik dan putaran dwikutub, yang mengakibatkan peresapan tenaga ke dalam pelarut dan bahan tumbuhan lalu menghasilkan pergerakan molekul dan pemanasan.
continuous extractionpengekstrakan berterusanKimiaKimia AnalisisPengekstrakan pepejal atau cecair dengan menggunakan pelarut pengewapan yang sama melalui proses refluks dan kondensasi yang berterusan misalnya pengekstrakan Soxhlet.
countercurrent extractionpengekstrakan arus lawanKimiaKimia AnalisisProses pengekstrakan cecair-cecair yang pelarut dan proses alirannya bersentuhan dan mengalir dalam arah yang berlawanan. Ia digunakan dalam pengekstrakan dua bahan yang mempunyai pekali taburan yang hampir sama.
counter current extractionpengekstrakan lawan arusBioteknologiTiadaKaedah pengekstrakan selanjar yang dibina daripada unit pencampur dan unit pemisah yang disusun secara bertentangan. Pada suatu hujung, bahan akhir dibekalkan manakala pada hujung yang lain pelarut yang berupaya melarutkan bahan akhir dialirkan. Pengaliran pelarut melalui unit ini akan mengekstrak bahan akhir pada suatu hujung dan sisa daripada pengekstrakan dikumpulkan pada hujung yang bertentangan.
solvent extractionpengekstrakan pelarutKejuruteraanTiadaPengekstrakan sesuatu komponen daripada larutan.
solvent extractionpengekstrakan pelarutKimiaTiadaPengekstrakan satu komponen daripada sesuatu campuran dengan menggunakan pelarut yang melarutkan bahan yang diperlukan, tetapi kurang melarutkan komponen lain. kaedah ini selalunya digunakan untuk mengekstrak hasil semula jadi. Campuran dapat juga diasingkan melalui sekatan antara dua pelarut yang berbeza yang saling tak terlarut campurkan. Campuran ini dilarutkan di dalam satu pelarut, kemudian digoncang dengan pelarut yang satu lagi, lalu dibiarkan membentuk dua lapisan yang mudah diasingkan.
solvent extractionpengekstrakan pelarutVeterinarTiadaProses pengekstrakan minyak daripada bijirin atau isirung dengan menggunakan pelarut organik seperti heksan. Minyak akan terlarut di dalam heksan dan kemudiannya dipisahkan melalui proses penyulingan berperingkat. Sisa ekstrakan yang dikenali sebagai kek masih mengandungi 1-2% minyak. Contohnya, isirung kelapa sawit diekstrak menggunakan pelarut untuk menghasilkan minyak masak dan sisanya digunakan sebagai makanan ternakan. Lihat juga hampas isirung kelapa sawit.
12345678910...

Kembali ke atas