competition policy | dasar saing | Ekonomi | Tiada | Ketentuan kerajaan untuk menggalakkan persaingan antara pengeluar-pengeluar dan melindungi pengguna daripada kesan buruk monopoli. |
anticompetitive practice | amalan antisaing | Ekonomi | Tiada | Kelakuan syarikat yang tidak menggalakkan persaingan antara pengeluar-pengeluar dan dengan itu syarikat berkenaan dapat menguasai sedikit sebanyak pasarannya. |
equity based Islamic bond | bon Islam asas ekuiti | Ekonomi | Ekonomi Islam | Bon yang membolehkan milikan bersama dan melayakkan pemegang bon berkongsi untung dengan pengeluar bon. Pengeluar dan pemegang bon boleh berkongsi ekuiti dalam syarikat Special Purpose Vehicle SPV. Kadar bahagian untung bagi perkongsian ekuiti tersebut ditentukan lebih awal dengan peratusan tertentu yang dipersetujui. Contohnya, sukuk mudarabah dan sukuk musyarakah. |
antidumping measures | langkah antilambakan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan yang diambil oleh negara pengimport untuk mengatasi lambakan barangan daripada pengeluar asing. Lambakan berlaku apabila pengeluar asing mengeksport barangan pada harga yang lebih rendah daripada harga barangan yang dijual di pasaran tempatan pengeluar asing tersebut. Selain itu, lambakan juga boleh berlaku jika pengeluar asing mengeksport barangan pada harga di bawah kos. Matlamat langkah antilambakan adalah untuk menterbalikkan kemudaratan yang dibawa oleh lambakan terhadap pengeluar di negara pengimport. Melalui perjanjian antilambakan, langkah antilambakan telah dilakukan seperti duti antilambakan yang tidak melebihi margin lambakan. Margin lambakan merujuk kepada perbezaan harga eksport barangan dan nilai normal barangan. Nilai normal barangan boleh merujuk kepada harga barangan di pasaran tempatan pengeluar asing. Antara langkah antilambakan yang lain ialah jaminan harga atau volum antara pengeluar asing dengan negara pengimport supaya harga import tidak dibenarkan kurang, mana |
original equipment manufacturer | pengilang peralatan asli | Teknologi Maklumat | Tiada | Pengeluar sesuatu alat. Pengeluar komputer biasanya membeli komponen daripada pengilang asal dan menyepadukan dengan produk mereka yang lain. Ia kemudian dijual kepada masyarakat umum di bawah label syarikat mereka sendiri. |
well spacing | luang telaga | Geologi | Tiada | Kedudukan kawasan dan perkaitan antara telaga minyak pengeluar atau telaga gas pengeluar di dalam sesuatu lapangan minyak. |
well completion | penyelesaian perigi | Hidrogeologi | Tiada | Segala kegiatan yang membolehkan kemasukan air tanah ke dalam sesebuah perigi pengeluar. Bagi perigi pengeluar di lapisan peroi, kegiatan ini melibatkan pemasangan paip lindung dan penapis, penempatan penapis kerikil untuk pengeluaran optimum dan pengujian sebelum pemasangan terakhir alat-alat pam. |
single maturity | tempoh matang tunggal | Ekonomi | Ekonomi Islam | Tempoh matang sekuriti yang ditetapkan pada satu tarikh tertentu oleh pengeluar. Pada tarikh tersebut, pengeluar akan membuat pelunasan sekuritinya sekali gus. Tempoh matang tunggal biasanya diberikan kepada bon kupon sifar yang kecil amaunnya kerana pelunasannya tidak memerlukan jumlah bayaran yang besar. |
atomistic economy, small economy | ekonomi kecil | Ekonomi | Tiada | 1.Ekonomi yang mengandungi rasmi pengeluar kecil yang bersaing dalam industri pengeluar yang terlalu kecil dan tidak dapat mempengaruhi harga pasaran. Pengeluar terpaksa menerima harga pasaran dan menyelaraskan keluaran mengikut harga tersebut. Ekonomi seperti ini menghampiri model persaingan sempurna. 2. Dalam perdagangan antarabangsa, istilah ini bermaksud sebuah negara yang tidak dapat mempengaruhi harga barang eksport dan import. |
sukuk ijarah | sukuk ijarah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Sijil kewangan yang diterbitkan berasaskan prinsip ijarah. Pengeluar sukuk akan bertindak sebagai penyewa aset atau perkhidmatan kepada pemegang sukuk. Proses urus niaga dilakukan dengan cara: i. Pengeluar sukuk mengeluarkan sukuk untuk mendapat dana daripada pemegang sukuk. ii. Dana digunakan oleh pengeluar sukuk untuk memperoleh aset dan/atau perkhidmatan. iii. Pengeluar sukuk kemudiannya menjual aset dan/atau perkhidmatan kepada pemegang sukuk. iv. Seterusnya pengeluar sukuk menyewa semula aset dan/atau perkhidmatan tersebut daripada pemegang sukuk. Contohnya sukuk al-ijarah bernilai RM100 juta yang diterbitkan oleh Majlis Tempatan Pasir Gudang. Bangunan dan peralatan yang dipunyai oleh majlis tempatan dijual untuk tempoh 10 tahun kepada syarikat bertujuan khas (SPV) yang kemudiannya disewakan semula kepada Majlis Tempatan Pasir Gudang untuk tempoh 10 tahun. Pemegang sukuk memperoleh pulangan daripada sewaan. |