teredo | teredo | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Haiwan pengerek laut dari filum Mollusca yang menyerang kayu yang tenggelam atau terapung di laut. Serangan penggerek jenis ini mudah dikenali daripada endapan selaput berkapur pada saluran kediamannya dan keadaan saluran yang tidak bersambungan. Teredo dewasa tidak pernah meninggalkan saluran yang dikorek sehingga ke akhir hayatnya dan unsur pembiakannya terunjur keluar melalui bukaan. |
biological damage | kerosakan biologi | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kerosakan kayu akibat serangan organisma seperti kulat, serangga, bakteria, dan pengerek laut. Organisma menyerang kayu untuk mendapatkan makanan ataupun sebagai tempat tinggalnya. |
borehole | liang serangga | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Lubang kecil yang mempunyai garis pusat yang biasanya berukuran kurang daripada 3 mm pada permukaan kayu akibat serangan serangga dan pengerek laut. |
biodeterioration | biokemerosotan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kehilangan satu atau lebih sifat yang dikehendaki pada suatu bahan seperti kayu, kertas, tekstil, dan bijian, akibat serangan organisma perosak seperti kulat, serangga, bakteria, dan pengerek laut. |