compulsory pawn sale | jualan gadaian paksa | Ekonomi | Ekonomi Islam | Tindakan memaksa penggadai atau wakil penggadai untuk menjual barang gadaian. Keadaan ini berlaku apabila penggadai gagal membayar hutangnya, tidak mengizinkan pegadai menjual barang gadaian dan penggadai enggan menjual barang gadaian secara sukarela. Oleh itu, mahkamah akan mengeluarkan perintah jualan barang gadaian tersebut untuk melangsaikan hutang penggadai yang tamat tempoh. |
voluntary pawn sale | jualan gadaian sukarela | Ekonomi | Ekonomi Islam | Tindakan sukarela yang dilakukan oleh penggadai atau wakil penggadai untuk menjual barang gadaian. Tindakan ini berlaku apabila penggadai mengambil barang gadaian dengan izin daripada pegadai dan menjualnya sendiri untuk melangsaikan hutang. |
mortgage debt | hutang dicagar | Ekonomi | Ekonomi Islam | Hutang yang diterima oleh penggadai daripada pegadai. Penggadai perlu menyerahkan barang gadaian sebagai cagaran untuk jaminan hutang tersebut. Hutang berkenaan mesti dinyatakan jumlahnya dan tarikh bayaran semula. Barang gadaian pula mesti diketahui jenis dan nilainya. Hutang tersebut mestilah hutang yang telah disabit dari segi hukum syarak. |
pawn item auctioned | lelongan barang gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Penjualan barang gadaian secara lelong apabila penggadai gagal menebus semula barang gadaian. Tindakan ini dilakukan selepas tempoh tertentu notis peringatan terakhir penebusan diberikan kepada penggadai. Sebelum lelongan dilakukan, penggadai sebagai pemilik barang gadaian akan dihubungi dan dimaklumkan. Lelongan dilakukan oleh syarikat pelelong berlesen setelah notis lelongan dipaparkan untuk maklumat orang awam. |
pawner | penggadai | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pihak atau individu yang menggadaikan harta atau barang sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman. Penggadai boleh menggadaikan harta miliknya sendiri atau harta milik orang lain setelah mendapat keizinan. Antara syarat sah menjadi penggadai ialah baligh, waras, tidak muflis dan warganegara. |
multipawner | berbilang penggadai | Ekonomi | Ekonomi Islam | Beberapa individu yang bersama-sama menggadaikan barang masing-masing untuk menjamin hutang tertentu. Hutang yang dijamin boleh berupa hutang penggadai atau hutang orang lain. Para penggadai boleh mencagarkan barang milik bersama, beberapa barang milik persendirian atau barang milik orang lain. |
pawn qualification | kelayakan gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Jumlah pinjaman maksimum yang boleh diberi kepada penggadai. Jumlah ini berdasarkan peratusan tertentu daripada nilai barang gadaian yang dikemukakan oleh penggadai kepada pegadai. Peratusan kelayakan ini boleh berbeza dalam kalangan pegadai dan penggadai. Contohnya, jika nilai barang gadaian RM1,000 dan peratusan kelayakan ialah 60 peratus, maka penggadai layak mendapatkan pinjaman sebanyak RM600 sahaja. |
pawner term/pawner condition | syarat penggadai | Ekonomi | Ekonomi Islam | Syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang penggadai bagi melayakkannya melakukan gadaian. Antara syarat yang perlu dipenuhi ialah warganegara, waras, berumur lebih 18 tahun dan tidak muflis. Namun begitu, terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan mazhab terhadap syarat ini. Contohnya, mazhab Hanafi tidak mensyaratkan penggadai mencapai umur baligh bagi membolehkannya melakukan gadaian. |
pawn extension period | pelanjutan tempoh gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Tempoh penebusan tambahan yang diminta oleh penggadai dan dipersetujui oleh pegadai. Permintaan tersebut dibuat kerana penggadai merasakan tidak dapat menebus barang gadaian dalam tempoh yang telah ditetapkan. Penambahan tempoh penebusan menyebabkan penggadai perlu membayar upah simpan tambahan. |
pawn item delivery | penyerahan barang gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pemberian kuasa pengurusan barang daripada penggadai kepada pegadai. Hal ini bermakna, penggadai memberi kuasa mengurus harta gadaian kepada pegadai. Kaedah penyerahan pengurusan bergantung pada jenis harta yang digadaikan sama ada harta alih atau harta tak alih. Bagi harta alih, penggadai dikehendaki menyerahkan harta secara fizikal untuk disimpan dan diuruskan oleh pegadai. Contohnya, emas, pakaian dan haiwan. Bagi harta tak alih pula, penyerahan memadai dari sudut pengurusan sahaja melalui surat pemberian kuasa. Contohnya, tanah dan rumah. |